Kedua ibu bapa dan beberapa saudara-mara Batrisya terkocoh-kocoh ke arah wad ICU di tingkat 2 hospital.Batrisya lah yang paling dihadapan berlari-lari sambil memerhatikan nombor wad.Baju kebaya unggunya itu,masih lagi disarung.Cuma solekannya sahaja sudah pudar kerana menangis.Melihat sahaja Wad 6B5,terus sahaja dia mencari kelibat ibubapa Hisham.
"Makcik..Pakcik.."Batrisya bersalaman dan memeluk ibu Hisham,Puan Siti Azizah.
"Kenapa dengan Hisham makcik??"Batrisya bertanya.
"Ayah dan emak Isya tak cakap ke??"Puan Siti pula bertanya.
"Takde pun.Hisham masuk hospital kenapa??Dia sakit apa??"
"Isya...Makcik dah tak boleh nak rahsiakan perkara ni lagi."
"Perkara??Perkara apa makcik??Bagitahulah dengan Isya makcik.."
"Hisham..Dia....."tergagap-gagap Puan Siti untuk memberitahu akan hal yang benar.
"Dia??Hisham kenapa makcik??Tolonglah bagitahu Isya makcik...."Batrisya merayu.
"Hisham sakit paru-paru berair.Dia dah semakin teruk Isya..Kami dapat tahu,dia dah tak boleh diselamatkan lagi.."syahdu Puan Siti.Dia menangis dan memeluk suaminya kerana terlalu sedih.Terpampang Batrisya apabila mengetahui penyakit yang dihidapi Hisham.Dunianya bagaikan berputar apabila tunang yang dikasihinya tidak dapat diselamatkan lagi.Di hari pernikahannya pula.Setitik demi setitik air mata Batrisya merembes keluar hingga tidaj dapat dikawal lagi.Encik Badri dan Puan Arena memegang bahu anak perempuannya itu sambil cuba untuk menenangkannya.
Tiba-tiba bilik operasi terbuka.Kelihatan seorang doktor lelaki separuh umur itu laju menghampiri mereka.Memperkenalkan diri sebagai Doktor Halim.
"Ini keluarga Hisham ke??"
"Iya...."mereka menjawab serentak.
"Saya harap semua saudara dan saudari yang ada dekat sini dengar apa yang saya cuba cakap kan.."
"Hisham kenapa doktor??"Puan Siti bertanya.
"Seperti yang kamu semua tahu,Hisham menghidapi penyakit paru-paru berair yang kritikal.Keadaan dia tadi sangat lemah dan terlalu complicated keadaan paru-parunya.Kami,pihak hospital dan beberapa orang pakar tadi telah sedaya upaya untuk membantu menyelamatkan Hisham.Tapi...."
"Tapi apa doktor??"Batrisya bertanya,
"Tapi kami minta maaf.Hisham,tak dapat kami selamatkan.Keadaan dia terlalu kritikal.Kami minta maaf.."perlahan Doktor Halim memberitahu tentang kematian Hisham.
"Ya Allah!!!!!Hishammmmm......."Puan Siti meraung kesedihan.Cepat-cepat suaminya menangkap tubuh Puan Siti daripada jatuh terjelepok.Saudara-mara Hisham dan Batrisya yang lain ada yang tercengang,ada yang sudah menitikkan air mata dan ada yang menggeleng.Keadaan Batrisya paling menyedihkan.Dia bagaikan terkaku sebentar.Terdiam dia mendengar khabaran Hisham telah tiada.Saat itu dia rasakan bagai impian hidupnya musnah berkecai bersama Hisham.Air mata yang banyak membasahi tudungnya.Ayah dan emaknya juga turut mengalirkan air mata.
"Boleh saya tengok jenazah Hisham??"Batrisya bertanya dengan suara yang tersekat-sekat.
"Boleh Cik..Mari saya tunjukkan tempatnya."Doktor Halim menunjukkan arah tempat jenazah Hisham ditempatkan.
"Cik mahu saya temankan??"doktor itu bertanya.
"Tak apa..Biar saya sendirian."Batrisya menjawab.Doktor Halim pun keluar meninggalkan Batrisya sendirian.
Lambat-lambat Batrisya menyelak kain putih yang menutupi badan dan muka Hisham itu.Sebak didada semakin menjadi-jadi apabila dia melihat jenazah Hisham yang masih lagi berpakaian baju melayu berwarna unggu.Baju yang dipilih untuk hari pernikahan mereka.Teresak-esak Batrisya di sisi Hisham.Matanya masih lekat di wajah bersih Hisham itu.
"Hishammmm..."Batrisya memangil.
"Kenapa Hisham tinggalkan Isya??Hisham kan dah janji dengan Isya yang Hisham nak kongsi hidup dengan Isya.."tersedu-sedu Batriysa bersuara.
"Hisham tahu kan,Isya cintakan Hisham..Hisham yang beri kebahagiaan kepada Isya..Tapi kenapa Hisham tinggalkan Isya ??Isya tak boleh hidup tanpa Hisham..Isya sayangkan Hisham.."Batrisya menekupkan mukanya di dada Hisham.Saat itu juga dunianya gelap.Kepalanya pusing.Batrisya jatuh terjelepok di atas lantai.
Di tanah perkuburan Islam..
Suara imam membacakan taklik di hadapan kubur Hisham tidak dihiraukan.Batrisya termenung sendirian sambil ditemani oleh sahabat baiknya,Anita.Pandangan lesu ke arah kubur Hisham menyebabkan air mata Batrisya berlenang.Kalau diikutkan rasa hati,mahu sahaja dia menangis meraung disini.Namun,dia masih mengingati bait-bait perkataan yang pernah dituturkan.
"Walau apa pun yang terjadi,Hisham tak mahu Isya kecewa.."
Batrisya cuba memujuk hatinya,ini adalah suratan takdir dari Allah s.w.t.Allah lebih menyayangi Hisham.Apa yang terjadi ada hikmahnya.Selesai pembacaan taklin,kedua ibubapa Hisham menyiram air ke tanah kubur Hisham.Kemudian Batrisya dipapah oleh Anita untuk membantunya menyiram air.
"Isya..Jom kita balik.."suara Puan Arena lembut mengajak anak perempuannya pulang.Ketika itu,Batrisya sedang bersimpuh di tepi tanah perkuburan Hisham sambil memegang batu ninsan.
"Mak baliklah dulu.."
"Jangan macam ni sayang..Jom kita balik ya.."
"Makcik..Tak apa,nanti saya bawa Isya balik ya.Makcik dengan pakcik baliklah dulu."Anita memberi cadangan.
"Anita jaga Isya baik-baik ya.Makcik balik dulu.Malam karang makcik nak tolong kenduri tahlil di rumah Hisham."
"Baiklah makcik.."
"Isya..Mak balik dulu ya.."Batrisya hanya menganggukan kepalanya.
"Hisham..Isya tahu apa yang Hisham maksudkan dulu.Isya pun cintakan Hisham sorang.Cinta Isya hanya untuk Hisham..Isya akan simpan segala pahit manis kita berdua selama-lamanya.Tak akan pernah luput dari hati dan ingatan Isya..Isya tak akan pernah lupa Hisham di hati Isya..Isya cintakan Hisham.."Batrisya berkata-kata di dalam hatinya sambil menutup kedua-dua matanya.Anita dapat melihat air mata yang berlenang dari celahan mata Batrisya yang tertutup itu.Anita juga turut bersedih dengan nasib Batrisya.*sambung
Alaaaa, sedih nyee. npe la cmtu plak!
ReplyDeleteingt nak happy2, hukhuk.. isya sbar yaa..
heeee, smbung2 :D
hak2..
ReplyDeleteyunxxxx happy lain hari laaa..hehe
opssss..sebentar yerr!!
ok2..nt akak update g..thanx lyaaa
cant wait sambungannya! hehehe~
ReplyDelete* cpt2 muncul watak hijaz. suke beliau! :DD
u'v to wait la yunxxx..hik2
ReplyDeletehijaz??ok dokie...=D
sedey :(
ReplyDeleteLagu Padamu Ku bersujud buat lagi sedey..
yeke kak nasha??hehe~~=)
ReplyDeletehak2..sngaje nk buat lg sdyeh nie..br ad feel nk bce kan??!!=)
*syg kak nasha....