Saturday, August 28, 2010

Aku & Komuter 13

Lima bulan kemudian..
"Amboiii..Lawanya Isya hari ni ya..berseri-seri.."usik Mak Leha.
"Eh..Mestilah berseri-seri Leha oii..Orang nak kahwin kan.."sambung Puna Arena lagi.Batrisya hanya tersenyum.Hatinya tidak gembira dengan perkahwinan ini.Semuanya diatur oleh Hijaz sendirian.Baik dari baju pengantin,hinggalah menempah dewan.Semuanya dilakukan Hijaz.Walaupun sibuk dengan tugas di hospital,Hijaz bersungguh-sungguh menyudahkan majlis perkahwinan mereka.
"Dah siap ke??Tok kadi dah sampai ni.."Encik Badri menjengul dari luar.
"Dah bang..Hijaz dah sampai ke??"
"Dah..Ada dekat tepi jalan tu haa..Tengah tunggu kompang jer ni.."paluan kompang di halaman rumah menandakan rombongan pengantin lelaki sudah hampir.Cepat-cepat mak andam membuat sentuhan solekan yang terakhir.Setelah berpuas hati,Batrisya ditemani oleh emak dan beberapa saudara-mara perempuannya keluar dari bilik.
  Melihat kecantikkan Batrisya yang menyarung baju jubah krim dan dihiasi dengan manik-manik berkelipan,menarik pandangan setiap tetamu.Batrisya cuba memaniskan mukanya.Terutama di hadapan keluarga mertuanya.Hijaz memandang Batrisya sambil tersenyum.Batrisya membalas senyuman Hijaz dengan terpaksa.
 "Sudah siap ke semua??"Tok kadi bertanya.Semua tetamu yang ada menjawab serentak.Acara pernikahan dimualai.Dengan hanya sekali lafaz,Batrisya sudah menjadi milik Hijaz yang sah.Batrisya yang berada di belakang Hijaz menitiskan air mata.Hatinya sedih dan hiba kerana teringatkan Hisham ketika itu.Dia tidak gembira.Namun,demi memenuhi permintaan ayah dan emaknya,Batrisya akur.
  Acara pembatalan air sembahyang dimulakan dengan penyarungan cincin ke jari manis Batrisya.Semua tetamu terpegun dengan sebentuk cincin emas putih yang bertatahkan berlian berbentuk hati yang ditempah khas oleh Hijaz.Kamera-kamera yang ada pun mengeluarkan cahaya yang banyak mengambil gambar Hijaz menyarungkan cincin.Diakhiri dengan penyerahan mas kahwin dan sesi mengambil gambar bersama keluarga.
  Di sebelah petang,diadakan majlis berkhatam Al-Quran,malamnya pula ialah majlis berinai dan memperagakan baju-baju etnik seperti etnik India,Cina dan sebagainya.Dalam tidak gembira,Batrisya seronok pada malam itu.Terhibur dengan keiruhan saudara-maranya dan jiran tetangga.
  Keesokan harinya pula,majlis bersanding pula.Dengan mengenakan baju kebaya berwarna hijau yang direka khas oleh Rizal Rizalman,Batrisya tampak begitu anggun.Warna hijau memang sesuai dengan warna kulitnya yang kekuningan langsat itu.Hijaz tidak kurangnya.Memakai tanjak di kepala,keris di pinggang dan capal kulit di kaki.Memang digambarkan seperti seorang pahlawan sedang mengunggu puterinya.Diiringi dengan paluan kompang dan taburan bunga-bungaan,Hijaz dan Batrisya memang sepadan digandingkan di singgahsana.Ramai yang memuji keserasian mereka berdua.Hijaz pula tidak lepas-lepas memegang tangan Batrisya.Ke mana Hijaz pergi,Batrisya mesti bersama.Geram sahaja dengan perangai Hijaz yang mengambil kesempatan memegang tangannya.Hampir jam lima petang,barulah majlis perkahwinan Hijaz dan Batrisya selesai.
   "Ishkk..Geram betul aku.Suka-suka hati dia je nak pegang tangan aku lama-lama.."Batrisya membebel di dalam bilik.Ketika itu Hijaz berada di dalam bilik air sedang membersihkan diri.Pandangan Hijaz disambut dengan jelingan Batrisya ketika dia melangkah keluar dari bilik air.
   "Kenapa jeling-jeling ni sayang??"Hijaz duduk di sofa.
   "Sayang??Geli ketiak aku.."Batrisya bercakap di dalam hati.
   "Abang tengok awak asyik nak jeling-jeling abang je yaa..Nanti abang cubit tau lahh.."
   "Eeeee!!!Awak ni kenapa Hijaz??Buang tebiat yer??Sejak bila pula berabang bersayang ni??"Batrisya bersuara.
   "Kan kita dah kahwin..Jadi sayang dah tak boleh panggil Hijaz lagi.Kena panggil abang.."
   "Tolong yaaa..!!Dah kahwin atau tidak,saya tetap akan panggil awak Hijaz.Fullstopp!!!"
   "Isya.."
   "Dah!Saya nak turun bawah..Malam ni,kalau awak nak tidur atas katil,awak tidurlah.Saya boleh tidur dekat mana-mana aja.."
   "Tapi...sayang...."belum sempat Hijaz bercakap,Batrisya sudah pun keluar dari bilik mereka.Hijaz hanya mampu mengeluh.*sambung

No comments:

Post a Comment