Wednesday, September 1, 2010

Aku & Komuter 14

Setelah puas berborak dengan saudara-mara yang lain,Batrisya masih lagi teragak-agak untuk masuk ke dalam bilik pengantinnya.Biarlah dia lama-lama di luar,apabila tengah malam nanti pasti Hijaz sudah lena.Dia tersenyum dengan rancangan tersendiri.Tepat jam 1 pagi,semua saudara yang ada sudah mahu beransur tidur.Letih dengan kemeriahan dan kesibukkan majlis perkahwinan Batrisya dan Hijaz pagi hingga lah ke petang.
  Batrisya memulas tombol pintu perlahan-lahan.Di dalam kesamaran cahay itu,dia mengintai-intai bilik pengantinnya itu.Mahu memastiakn Hijaz sudah lena.Dia tersenyum.Hijaz sudah berada di atas katil dan berdengkur.Terjengket-jengket Batrisya merapati katil dan cuba menarik bantal untuk tidur di sofa.Hijaz yang pura-pura tidur itu pun terus menyergah ke arah Batrisya.Menjerit Batrisya terkejut.
  "Ishhhhh!!!Apa ni??!!!!Terkejut lah tau tak??!!!"marah Batrisya.Hijaz ketawa berdekah-dekah melihat reaksi Batrisya.
  "Yang sayang ni terjengket-jengket macam pencuri kenapa??"
  "Orang nak ambil bantal lahh.."
  "Nak ambil bantal??Nak buat apa pula??"
  "Nak tidur lahh..Tak kan nak buat jahit pula..Aduhhhh!!!!"
  "sayang ni..Abang tanya betul-betul lahh..Nak buat apa dengan bantal tu??Kan katil ni besar.."
  "Katil memang besar.Tapi saya nak tidur dekat sofa.Awak tidurlah dekat situ.."
  "Malu yaaa??"Hijaz mengusik..Merah padam muka Batrisya diusik sebegitu.
  "Malu apa pulak??Awak jangan nak buat gila ya..Nak tidur,tidur aja..Jangan nak buat yang lain pula.."Batrisya memberi amaran.
  "Buat lain??Buat apa tu??"Hijaz mengenyit-ngenyitkan matanya.
  "Buat lahh..Yang tu la.."tergagap-gapa Batrisya menjawab.
  "Buat apa sayang??Kita kan suami isteri.."Hijaz sudah mula bangun dari katil ke arah Batrisya.Batrisya tergamam.Selangkah demi selangkah dia menapak ke belakang.Hingga tersandar di dinding.
  "Ehhh..Awak jangan Hijaz.Saya jerit tahulahhh.."
  "Nak jerit??Jeritlahh sayang..Abang tak kisah pun.."Hijaz berkata.Batrisya ketakutan.Terasa dekat benar jarak antara dia dan Hijaz.Apa-apa pun yang terjadi,dia akan menentang sekerasnya.Lalu kaki Batrisya memijak kaki Hijaz dan berlari ke sudut lain.
  "Owhhh..Main pijak-pijak pula ya sayang.."
  "Hijaz.Awak dah gila ya??Saya nak tidur la..Nagntuk tahu takk.Takda masa nak main-main ni..'
  "Siapa halang sayang tidur??Katil ni memang disediakan besar untuk sayang juga.."
  "Katil..Katil..!!!Saya nak tidur atas sofa la..Awak cuba-cuba lah..Kang saya tendang tahu laa.."
  "Iyalah sayang..Good night.."Hijaz terus baring di atas katilnya.Saja dia mahu mengusik Batrisya.Sedangkan Batrisya terpinga-pinga dengan kelakuan Hijaz."Tidur pulak.."ngomel Batrisya.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Di dalam hatinya,macam manalah dia boleh hidup dengan lelaki bernama Hijaz ini.Batrisya mengeluh dan tertidur.*sambung

No comments:

Post a Comment