"Ya Allah..selamatkan lahh dia.."Batrisya berdoa sambil memegang tangannya yang berbalut kemas.Semuanya berlaku terlalu pantas.Dia masih ingat jeritannya yang menjerit ke arah sebuah lori dihadapan kereta Honda Accord Hijaz.Lori itu tersalah laluan.Namun,dia berfikir semuanya berpunca dari dirinya.Dia yang menyebabkan pergaduhan antara dia dan Hijaz.Sekarang ini,Hijaz sedang bertarung nyawa dalam bilik pembedahan.
Tidak senang duduk Batrisya dibuatnya.Sekejap berdiri,sekejap duduk.Sekejap mengeluh,sekejap menangis.Bermacam-macam yang difikrikannya.5jam dirasakan bagai 50 jam.Menunggu Hijaz di bilik pembedahan paling merisaukan.Ketika Batrisya sedang termenung,seorang doktor india menghampirinya.
"Puan isteri En.Hijaz ke??"
"Ya saya..Macam mana dengan suami saya??"
"Suami puan??"
"Ya suami saya doktor..Cepatlah cakap!!!"
"Sabar puan.Suami puan selamat.Cuma,mungkin dia perlukan rehat lama untuk memulihkan luka-luka di dalam dan luar badannya.Sebab suami puan terhantuk dan terkepit dengan teruk tadi.Mungkin,dia akan sihat seperti sedia kala.Tetapi mengambil masa dalam 2 hingga 3 bulan juga."
"Boleh saya tengok dia??"
"Boleh..Tapi puan jangan ganggu tidur dia ya..Sebab dia perlukan rehat yang banyak.."
"Baiklah doktor.."selepas mengucapkan terima kasih,Batrisya terus melangkah ke arah wad Hijaz ditempatkan.Perlahan Batrisya menolak daun pintu wad.Dia melihat ke arah seorang lelaki yang terbaring lemah dengan wayar mesin berselirat di tangan kiri dan kanannya.
Batrisya memandang hiba.Jari=jemarinya memegang erat jari-jemari Hijaz.Terus air matanya mengalir mengenangkan keperitan Hijaz mengharungi kesakitan.Berbanding dirinya yang hanya luka-luka sahaja.Batrisya masih lagi ingat,ketika kemalangan itu.Hijaz sempat memeluknya untuk melindungi dirinya.
"Hijaz..Maafkan Isya..Isya yang salah.."katanya dalam sendu."Isya tak patut gaduh dengan Hijaz masa tu..Isya minta maaf Hijaz..Isya minta maaf.."kata Batrisya sambil mencium tangan Hijaz.
3hari selepas itu..
"Hijaz..Ni ada makanan..Awak makan yaa.."Batrisya memujuk.
"Letak aja dekat situ.Tahulah saya nak makan nanti."Hijaz menjawab.
"Hijaz..Jangan makan lambat-lambat,nanti perut masuk angin.Nanti lambat nak sihat.."
"Ohh..Lambat nak sihat,maknanya lagi lama awak kena jaga saya kan??Kalau tak suka,saya boleh jaga diri saya sendir.."
"Bukan itu maksud saya Hijaz..Saya cuma.."
"Dahlah Isya,saya nak tidur.Awak keluarlahh.."Hijaz menepuk-nepuk bantal katilnya sebagai tanda dia mahu tidur.Batrisya hanya senyum dan melangkah keluar dari wad dengan hati yang sedih.Batrisya menuju ke arah bilik air.Dia menangis sepuas-puas hatinya.Sedih dengan kelakuan Hijaz yang kebelakangan ini kasar dengannya.Bukan seperti Hijaz yang dulu,yang lembut tutur katanya dengan perempuan.
Di dalam wad,keluar sahaja Batrisya dari situ,Hijaz membuka matanya semula.Dia termenung sebentar.Kasiha pula dia melihat Batrisya yang asyik dimarahinya.Bukan sengaja dia begitu,ada sebab Hijaz berkelakuan seumpama itu.Satu hari nanti,pasti Batrisya berterima kasih kepadanya.Mengenang wajah sugul Batrisya,dia kasiha.Tidak sanggup pula dia melihat Batrisya asyik sugul sahaja.Sedangkan,isterinya itu sudah berhempas pulas menjaganya siang dan malam.Sehingga sanggup membatalkan kes di mahkamah dengan menggantikan oeguam yang lain.
api,Hijaz masih teringat kata-kata bapa mertuanya,En.Badri.Dengan perempuan,tidak usah terlalu lembut.Kadang-kala mereka perlu diajar.Hijaz mengeluh.Nasi berlauk sup ayam di atas meja,dipandang lemah.Mindanya asyik mengenangkan Batrisya. sahaja.
No comments:
Post a Comment