Di rumah Ayahteh Mansur..
Kelihatan Batrisya sedang sibuk menyiapkan kerja pejabatnya yang tertangguh petang tadi.Tugas sebagai Peguam di Syarikaf Mahfuz & Co. menyebabkan dia tiada masa untuk berehat kadangkala.Disebabkan itulah Batrisya memilih untuk menggunakan komuter kerana tidak larat untuk memandu hingga ke Kuala Lumpur itu.Tetapi.ada juga cerita disebalik komuter itu.Ketukan Makteh Sakinah di pintu bilik tidur,menyebabkan Batrisya terperanjat seketika.Makteh Sakinah masuk ke dalam bilik tanpa dipelawa kemudian meletakkan satu mug koko yang dibuatnya untuk Batrisya.
"Nah Isya..Ni air koko.Minumlah..Panas lagi ni.."
"Ya Allah makteh.Saya boleh buat sendiri lahh..Susahkan makteh aja.Terima kasih yaa."
"Apa yang susahnya.Buat air koko aja pun.Kesian makteh tengok Isya tak berhenti-henti buat kerja dari balik kerja tadi.."
"Banyak kerja lah makteh.Nak tengok fail-fail klien ni lagi.Nak tengok kes apa yang diorang nak saman.Macam-macam..."keluh Batrisya.
"Isya..Tadi ayahteh cakap,mak ayah Isya ada telefon dia.Cakap pasal Isya.."
"Pasal Isya??Kenapa makteh??"
"Ayahteh cakap tadi,ada orang yang masuk meminang Isya..Dia kerja Pegawai Pemasaran dekat syarikat di Johor juga.Itulah yang ayahteh minta makteh tanyan ni,Isya setuju ke??"
Mendengar berita yang disampaikan oleh Makteh Sakinah itu,Batrisya berhenti bekerja sebentar.Dia termenung sendirian menghadap keluar tingkap.Bukannya dia tidak setuju,tetapi sayang dan cintanya kepada Arwah Hisham masih kukuh lagi.Hatinya masih lagi bersedih walaupun peristiwa itu telah berlaku hampir lima tahun lalu.
"Makteh,makteh tahu kan Isya masih sayangkan arwah Hisham??"
"Iya..Makteh tahu dan makteh faham Isya..Tapi sampai bila Isya nak macam ni aja.Menyibukkan diri dengan kerja.Tak fikir langsung untuk berumah tangga.."
"Makteh,hati Isya belum terbuka lagi untuk berumah tangga.Biarlah kejadian lepas sentiasa diingati,tapi asalkan Isya bahagia dengan keadaan Isya sekarang.Isya harap sangat makteh boleh faham Isya.."
"Kalau dah Isya caka macam tu,makteh tak boleh nak buat apa.Lagipun makteh hanya bertanya.Apapun keputusan Isya,makteh tahu itu yang terbaik buat Isya..Makteh takkan paksa Isya dalam apa-apa hal pun ya nak.."
"Terima kasih makteh..."
"Iya..Sama-sama..Makteh masuk bilik dulu ya,jangan tidur sampai larut malam.Esok nak bangun pagi.."
"Ok bossss!!!"Batrisya bertabik seperti askar,sengaja mahu mengusikibu saudaranya itu.Makteh Sakinah hanya mampu tergelak sambil mencubit manja lengan Batrisya.Kemudian Makteh Sakinah pun beredar dari bilik Batrisya.Mengingatkan hal yang diusulkan oleh maktehnya tadi,membuatkan Batrisya teringat kepada arwah Hisham lagi.
"Kalulah Hisham masih hidup,mungkin kami dah bahagia.."Batrisya bercakap sendirian.
Bunyi lagu Inconsolable nyanyian Backstreet Boys itu mematikan lamunan Batrisya,pantas dia ke atas katil dan melihat nama yang tertera di skrin telefon Sony Ericsonnya itu.
"Anita..."tersenyum Batrisya.
"Hello..Assalamualaikum.."Batrisya menjawab.
"Waalaikumussalam..Isyaaaaaa!!!!!"suara jeritan Anita di corong telefon yang nyaring menyebabkan Batrisya terpaksa menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga.
"Aduhhhh!!!Sakit telinga aku.Apahal kau ni jerit-jerit hah??"
"Hahahaha..Aku rindu gila dengan kau lah wei.Bila nak jumpa aku??"
"Aku pun sama Nita..Bila masa aku nak jumpa kau??Aku busy sangat lah sekarang ni.Kaulah yang datang jumpa aku.."
"Alasan kau jerr busy..Dengan kawan baik pun nak busy ke??"
"Betul lah aku memang busy..Kau dekat mana ni??"
"Aku dekat Bangi lah sekarang.Aku dah pindah sini.Ni sekarang dekat Warta jap.Jalan-jalan.."
"Whatttt????Bangi?????!!!!Kau tak cakap dengan aku pun kau pindah yaa.."
"Aku saja ja nak kasi surprise??Terkejut tak kau??"
"Terkejut gila...Terkejut sangat.."
"Hahahaha..Banyaklah kau.Ok lah wei,aku nk drive balik ni.Nanti aku sms alamat rumah aku lah.Datang tau!!"
"Ok2..Insha-Allah ada masa nanti kita jumpalah yaa..Ok,assalamualikum.."
"Waalaikumussalam.."Anita mematikan talian telefonnya.
Batrisya menggelengan kepalanya apabila teringatkan Anita.Perangai kebudak-budakkannya masih lagi ada walaupun telah menginjak ke 26 tahun.Sama seperti umurnya sendiri.Namun,Anitalah yang sentiasa memberikan kata0kata semnagt sewaktu dia memerlukan seseorang ketika Hisham meninggal dunia.Batrisya bergerak dair atas katil ke meja kerjanya.Baru beberapa minit menyelak data fail,Yahoo Messenger nya pula mengeluarkan bunyi.
Assalamualaikum Isya...
W'slm w.b.t....=)
Saya ganggu ke??tgh buat apa?
Adalah sikit.tgh semak fail.ada apa ya??
Saja ja.Nak tanya khabar awak.Dah lama tak nampak awakdi komuter..
Owhh...Saya ada aja.Mungkin di gerabak lain..huhu
Owh...!!Isya kerja apa ya??
Peguam....
Owhh peguam..Bagus2!!!Tapi asal tak banyakcakap??selalu peguam mesti peramah...
Saya banyak cakap di mahkamah aja..takkan dengan semua orang saya nk banyak cakap kan..
Janganlah marah..saya tanya jer pownn..awk ni cpt sgt nk mrh yaa..
sukahatii sayalah..awk suke sibukkan??
sbb sy suke awk...
dah2..malam buta ni baik pg tido.sy pown nk siapkan kerja.bye...assalamualaikum...
Belum sempat Hijaz menjawab salam Batrisya,Batrsiya sudah pun offline YM nya..Mengeluh lagi Hijaz dengan kelakuan Batrisya.'Sombong!!'desis hati Hijaz.Namun,dia juga seperti Qirana,apa pun yang terjadi dia akan berusaha untuk mendapatkan Batrisya.Hatinya sudah mula jatuh cinta sejak pertama kali dia melihat Batrisya yang ketika itu menegnakan baju kebaya sutera berwarna unggu.Ada cerita yang dia tahu,tetapi Batrisya tidak tahu.*sambung
No comments:
Post a Comment