Di dalam bilik.
Telefon bimbit Batrisya berdering mengeluarkan,tertera nama Anita di skrin telefonnya.
"Assalamualaikum.."Batrisya menjawab.
"Waalaikumusalam Isya.."
"Ada apa Nita??"
"Isya..Aku nak minta maaf pasal petang tadi.."Batrisya hanya mendiamkan diri memberikan peluang untuk Anita bercakap.
"Bukan niat aku nak tipu kau Isya..Cuma aku terpaksa rahsiakan benda ni.Aku tak nak Hijaz marah.."
"Habis tu??Kau tak pernah fikir ke aku akan marah??"
"Isya..Aku terpaksa buat macam ni,aku buat ni demi kebaikkan kau dengan Hijaz juga."
"Demi aku dan Hijaz??Nita,aku tak ada kaitan dengan Hijaz .."
"Kan mak ayah kau dah setuju untuk terima Hijaz??"
"Itu mereka,bukan aku.Walau aku kahwin dengan dia sekali pun,aku tak akan pernah cintakan dia macam mana aku cintakan Hisham dulu.."
"Isya..Tak baik kau cakap macam tu..Mana tau kan sebenarnya Hijaz tu jodoh kau yang sebenarnya.."
"Nita..Aku tak kenal dia,aku tak cintakan dia..Macam mana aku aggap dia tu jodoh aku??"
"Jodoh bukan bermaksud kau kena cintakan seseorang tu,baru nama jodoh.Oh ya,sebelum aku terlupa.Lepas kau kahwin nanti,aku akan bertunang.."
"Hmm..Dengan Halim??"
"Ha'ah laaa.."
"Tahniah la Nita.."
"Kau pun Isya..Jangan ikut hati sangat.Redha dengan apa yang dah jadi.."
"Iyalah Nita.."
"Ok..Nanti bila-bila,kita jumpa ya..Assalamualaikum.."
"Waalaikumusslam.."Batrisya mematikan talian.Dia memikirkan apa yang Anita katakan tadi.Hijaz jodohnya?Batrisya hanya mampu mengeluh.Telefonnya berdering lagi.
"Mungkin Anita ni telefon lagi.."Batrisya mengeluh.Terus die menjawab.
"Nita..Nak apa lagi ni??Kau lupa nak cakap apa??"
"Assalamualaikum.."suara seorang lelaki menyapa pendengaran Batrisya.
"Waalaikumussalam.."
"Isya...."
"Hijaz??"Batrisya bersuara perlahan.
"Awak ok??"Hijaz bertanya.Tetapi Batrisya hanya mendiamkan diri.Malas dia mahu berborak panjang dengan Hijaz.
"Minggu depan keluarga saya akan datang..Awak nak dekat rumah pakcik awak ke dekat rumah mak ayah awak??"
"Mana-manalah Hijaz.Perlu ke saya cakap??Bukan awak dah atur semuanya?"
"Isya..Janganlah macam ni,saya ikhlas cintakan awak.Saya ikhlas nak kahwin dengan awak.Nanti kita pergi cari baju kahwin sama-sama ya.."
"Hmmm...Saya sibuklah.Banyak kes dekat mahkamah.Awak pilih sendiri la.Saya ikut aja.."
"Isya..Saya..."
"Dahlah Hijaz,saya nak tidur..Esok saya nak balik nilai.Kena drive sendiri.Saya nak tidur dululahh.."
"Tapi Isya..."
"ok assalamualaikum.."Batrisya mematikan talian.Terus dia off kan telefon bimbitnya.Hatinya sakit mendengar kata-kata Hijaz.Dia rasakan yang dia tidak mampu untuk hidup bersama dengan Hijaz.Hubungan sebagai suami isteri antara Hijaz dan Batrisya menggerunkan.Tetapi,dia hanya pasrah.Kerana semua telah diatur oleh ibu bapanya.Gembira atau tidak,dia tidak hiraukan,hanya yang dia mahu ialah emak dan ayahnya bahagia dengan perkahwinan ini.*sambung
No comments:
Post a Comment