Di dalam bilik,kelihatan Hijaz sedang sibuk membaca novel Adam & Hawa yang dirampas dari tangan Batrisya tadi.Sesekali wajahnya berkerut mungkin tidak suka dengan adegan pergaduhan,sesekali wajahnya tersenyum sendirian mungkin kerana mnyukai adegan romantik di dalam jalan cerita novel itu.
"Hmm..Buku yang macam ni rupanya si Isya ni baca..Aku ingatkan buku tentang politik ke,apa ke.."bisik Hijaz sendirian.Tiba-tiba pintunya dikuak dari luar,cepat-cepat Hijaz menyorokkan novel ke bawah bantalnya.Takut dilihat oleh mamanya nanti.
"Hijaz..Buat apa tu??"Datin Sofia bertanya.
"Tak ada apa-apa ma..Cuma kemas katil ni aja.."Hijaz cuba berdalih sambil tangannya pura-pura sibuk mengemas cadar katilnya.
"Kemas??Kenapa pula tiba-tiba rajin ni??Selalunya Mak Jah yang kemaskan.."
"Alaa..Bukan selalu ma..Kesian Mak Jah,dia kan dah tua.."
"Dah Hijaz..Macam-macam aja kau ni.Ini,mama nak ajak kamu pergi hi-tea dekat rumah Datuk Mahfuz.Ada jamuan petng sikit-sikit nanti.."
"Hi-tea??Malas lah mama..Hijaz penat sangat.."
"Penat apanya??Bukannya Hijaz kerja hari ni.Ingat mama tak tahu ke yang Hijaz cuti hari ni dan gantikan dengan Halim??"Datin Sofia menduga.
"Iyalahh..Mama ni tahu aja kan..Hijaz pergi siap sekarang.."Hijaz pun mengambil tuala di tepi katil dan terus ke bilik air.Sementara Datin Sofia masih lagi duduk di birai katil Hijaz sambil memandang sekeliling bilik tidur anak terunanya itu..'Kemas..'bisik Datin Sofia.Tiba-tiba dia terpandang sesuatu di bawah bantal Hijaz.Buku tebal tulisan Aisya Sofea itu dicapai dari bawah bantal Hijaz..Datin Sofia pun membuka helaian pertama novel itu...
"Batrisya??"Datin Sofia kehairanan.Tiba-tiba dia tersenyum.mungkin anak bujangnya sudah ada yang berkenan di hati.Sedikit sebanyak,Datin Sofia gembira dengan perubahan Hijaz itu.Semenjak putus tunang lima tahun yang lepas,Hijaz bagaikan menutup pintu hatinya untuk dicintai wanita lain.Datin Sofia meletakkan kembali novel itu ke bawah bantal Hijaz semula.Kemudian dia pun berlalu keluar.Doa hatinya,biarlah kali ini Hijaz gembira dan bahagia dengan pilihan hatinya itu.
Di rumah Ayahteh Mansur..
Batrisya sedang sibuk mengenakan solekan ke pipi gebunya itu.Baju kebaya berwarna pink dan dipadankan dengan tudung berwarna kriim memang sepadan dengan warna kulitt Batrisya yang kuning langsat itu.Puas dengan penampilannya,dia pun turun ke bawah.Ketika melewati ruang tamu,Ayahteh dan Maktehnya menegur.
"Nak kemana Isya??"Ayahteh Mansur bertanya.
"Nak keluar sekejap ayahteh.Ada hi-tea syarikat di rumah Datuk Mahfuz."
"Lama ke??"Makteh Sakinah pula bertanya.
"Mungkin dalam dua tiga jam.Habis aja hi-tea,Isya akan terus balik rumah."
"Bawak kereta tu elok-elok.Jangan laju-laju sangat.."Ayahteh Mansur berpesan.
"Eh,kata esok nak balik kampung.Jadi ke??"Makteh Sakinah belum berhabis tanya.
"Jadi makteh.Isya balik soang aja.Nita ada kerja sikit.Jadi dia tak dapat nak temankan.."Batriysa menjelaskan.Ayahteh dan maktehnya hanya mengangguk.
Di rumah Datuk Mahfuz..
Tetamu-tetamu yang dijemput telah hadir memenuhi ruang tamu rumah besar Datuk Mahfuz itu.Semuanya dari kalangan orang-orang yang berada dan kalangan peguam-peguam yang berjaya.Datuk Mahfuz dan isterinya,sedang sibuk melayan tetamu.Kehadiran Batrisya tidak disedari oleh Datuk Mahfuz,hinggalah dia ternampak Batrisya di satu sudut sambil berborak dengan rakan-rakan sekerja yang lain.
"Batrisya..Lama sampai??"Datuk Mahfuz menegur.
"Baru aja datuk.."
"Pergilah minum-minum dulu yaa..Saya nak layan tetamu lain.."
"Ok datuk..Jangan risau pasal saya.."
Batrisya pun meminta diri sebentar dari rakan-rakannya yang lain untuk mengambil minuman di meja yang menyediakan minuman.Air perisa strawberi menjadi pilihan Batrisya.Kemudian dia ke arah taman bunga milik Datuk Mahfuz dan isterinya.Batrisya tidak begitu berminat untuk menyertai perbualan tadi semula.Dia lebih suka bersendirian sambil menikmati pemandangan indah di taman bunag itu.Bunga-bunga yang kembang mekar,begitu menarik minat Batrisya,hinggakan dia tidak sedar ada seseorang yang memerhatikannya.*sambung
alahai.. cm purposely nk jmpe kan isya ngn hijaz..
ReplyDeletesuke wt smbungan mse time suspen kan?!
hishhhh! hahah
nway smbung cpt2 =p