"Assalamulikum.."
"Waalaikumussalam..Awak??!!"
"Ye saya..Hehe.."
"Apalah nasib aku ni asyik jumpa dia aja.."bebel Batrisya di dalam hati.
"Awak datang dengan siapa??"Hijaz bertanya sambil matanya galak memerhatikan taman bunga Datuk Mahfuz.
"Saya datang seorang aja.."
"Seorang aja??Tak takut ke drive sampai sini??"
"Kalau takut tak sampailah jawabnya.."
"Isya..Isya..."Hijaz menggeleng sambil tersenyum.
"Ni kenapa senyum sorang-sorang pula??"
"Kenapa setiap kali kita jumpa,tak pernah yang tak gaduh kan??"
"Sebab awak suka sangat sibuk hal saya.Mana saya pergi mesti awak ada.."
"Orang tua-tua kata,kalau selalu gaduh selalu jumpa,panjang jodoh.."
"Jodoh??Bermimpilah..."
"Kenapa awak cakap macam tu Isyaaa??Teruk sangat ke saya ni??"panahan mata Hijaz tepat ke dalam anak mata Batrisya.Tidak tentu hala Batrisya dibuatnya.
"Isya..Saya cintakan awak...."perlahan Hijaz bersuara namun masih boleh didengari oleh Batrisya.Batrisya begitu terkejut dengan pengakuan Hijaz.Dia memandang Hijaz dengan perasaan yang terkejut.Tidak pernah dia menyangka begitu cepat Hijaz mengucapkan 'cinta' kepadanya.Walhal,hanya baru beberapa bulan sahaja mereka berkenalan.Batrisya terdiam.
"Kenapa Isya??"
"Cepat betul awak dah jatuh cinta dengan perempuan yang baru awak kenal dua tiga bulan kan??"
"Siapa kata hanya dua tiga bulan??"
"Saya kata!"
"Awak tak tahu Isya..Saya kenal awak lebih lama dari awak kenal saya.Semua tentang awak,semuanya saya tahu.Cuma awak aja yang tak pernah nampak kehadiran saya..Awak hanya nampak Hisham!"
"Hei Hijaz!!Awak tak ada kena mengena dengan dia.Apa awak sibuk kalau saya hanya ingatkan dia??Awak tak tahu penderitaan saya!Awak tak faham apa yang saya lalui!Awak tak tahu apa yang saya rasa!Awak tak ada hak untuk sebut nama dia, Hijaz!"turun naik dada Batrisya menahan marah dan sedihnya terhadap Hijaz sambil mengesat-ngesat air matanya.Pergaduhan antara Batrisya dan Hijaz didengari oleh Datuk Mahfuz dan ayah Hijaz,Datuk Azhar.Lantas mereka menghampiri Batrisya dan Hijaz.
"Batrisya..Kenapa ni??"Datuk Mahfuz bertanya.
"Hijaz..Apa hal ni??"Datuk Azhar memandang Hijaz.Lama Batrisya memandang Hijaz,persaannya bagaikan dirobek apabila Hijaz berani berkata kepadanya seperti itu.Dia begitu sebal dengan perangai Hijaz.Hatinya baru sahaja mahu dibuka untuk menerima kehadiran lelaki itu.Namun,ia dipersia begitu sahaja.
"Datuk..Saya balik dulu.Saya minta maaf.."Batrisya terus pulang tanpa berkata apa-apa kepada Hijaz.Sepanjang perjalannya,Batrisya menangis sepuas hati,dia begitu sedih dengan apa yang berlaku tadi.Pintu hatinya baru sahaja mahu dibuka,tetapi dicemari pula dengan kata-kata Hijaz sebentar tadi.
Sampai sahaja di rumah,Batrisya terus naik ke bilik.Ayahteh Mansur dan Makteh Sakinah juga pelik dengan sikap Batrisya.Hinggakan makan malam pun tidak dijamah.Risau juga mereka dengan kelakuan Batrisya.Apabila ditanya,hanya menggeleng sahaja.Hanya satu tekad Batrisya,dia mahu balik ke kampung secepat mungkin dan menziarahi kubur arwah Hisham.
Sesampai sahaja di kampung,kereta saga Batrisya terus sahaja membelok ke perkarangan Kubur Islam Kampung Chiang Mei.Batrisya menyedekahkan bacaan yassin dan Al-Fatihah.Lama dia menatap kubur arwah Hisham sambil mengeluh.Terbeban dengan pelbagai kejadian menyebabakan Batrisya terdorong untuk ke situ.Hatinya berasa sayu dan tenang seketika.Walaupun Hisham tiada di mata,namun Batrisya sentiasa dapat merasakan kehadiran Hisham bersamanya.Lamunan Batrisya terhenti apabila dia merasakan ada seseorang di belakangnya.
"Pencuri ke??Ke perogol??"Batrisya bertanya sendirian.Apapun yang berlaku,Batrisya akan membuka lngkah silatnya.Namun sangkannya meleset,dia bagaikan mengenali suara yang menyapanya.
"Awak??"Batrisya berpusing.
Di rumah Encik Badri dan Puan Arena.
"Jemput minum semua..Air kopi aja.."Puan Arena merendah diri.
"Makcik minum sekali laa..."ajak Anita.
"Ishkkk..tetamu lah minum dulu.."Puan Arena tersenyum manis ke arah ketiga-tiga tetamunya itu.
"Ni pakcik dengan makcik nak tanya,ada apa Nita dengan yang lain-lain ni ke sini??"En.Badri memulakan perbualan.
"Oh ya makcik,pakcik..Ini Hijaz,yang ini Halim..Hijaz ni datang ada hajat.."
"Hajat??Hajat apa tu nk??Macam besar aja makcik tengok sampai sanggup ke mari.."*sambung
No comments:
Post a Comment