Berada di tepi tasik sambil menghirup udara segar,Batrisya dan Hisham jalan beriringan menyusuri persisiran tasik.Dengan hanya berseluar jeans dan berbaju T-Shirt Muslimah berwarna hijau,sudah cukup menyerlahkan kecantikkan Batrisya.Gadis kecil molek ini mempunyai sepasang anak mata berwarna perang,kulit kuning langsat dan bibir yang kemerahan.Sesiapa yang terpandang,pasti tertawan dengann senyuman manis di bibirnya.
"Kenapa senyap aja??"Hisham bertanya.
"Tak ada pape.Cuma tengok tasik ni tenang aja."
"Setenang hati Hisham bila berada dengan Isya."
"Hati Isya pun sama Hisham."Batrisya tersenyum manis ke arah Hisham.
"Isya...."Hisham memanggil lembut.
"Iya..."
"Hisham nak Isya tahu satu perkara,Hisham cintakan Isya sepenuh hati Hisham.Tak ada sesiapa yang boleh buka pintu hati Hisham macam mana Isya pernah buka pintu hati Hisham ni.Kalau apa-apa terjadi,Hisham tak mahu Isya kecewa.."
"Hisham..Isya tak faham apa yang Hisham cakap ni.Terjadi??Terjadi apa??"
"Walau apapun yang jadi,Hisham nak Isya tahu yang Hisham tak akan pernah cintakan orang lain selain Isya."
"Isya takutlah dengar apa yang Hisham cakap ni..Isya tak faham!!Apa sebenarnya??"
"Cukuplah sekadar Isya tau yang Hisham ikhlas cintakan dan sayangkan Isya."terbatuk-batuk Hisham sambil menekan dadanya.
"Hisham,,Teruk sangat batuk ni.Dah pergi klinik belum??Kalau belum,marilah Isya temankan.."
"Tak ada papelah Isya,cuma batuk biasa aja nie.Jangan risau ya.."
"Mahu tak risau.Perkahwinan kita kan tak lama lagi.Kalau boleh,biarlah kita semua sihat-sihat aja.Aminnn"
"Insha-Allah Isya..Selagi ada kudrat,"
"Hah??Apa Hisham??"
"Tak ada apa-apalah..Seronok rasanya nak naik pelamin kan??"
"Yupzz..Tak sabar nak kongsi hidup dengan Hisham.Semoga kita bahagia kan??"
"Insha-Allah Isya.."Hisham memandang sayu ke arah Batrisya..
"Maafkan Hisham Isya..."bisik Hisham di dalam hati.
Masa yang dinanti telah tiba.Berbaju kebaya sutera berwarna unggu,dikenakan pula dengan tudung berwarna krim dan disolek,memang menyerlahkan lagi kecantikan Batrisya.Bulu matanya yang lentik menghiasi sepasang anak mata bundar berwarna perang itu.
"Amboiii Isya...Kalah ratu cantik tau..."usik Mak Leha.Jiran kepada Puan Arena,ibu Batrisya.
"Ada-adalah Mak Leha ni.."tersipu-sipu Batrisya kerana malu dipuji.
"Apa??Betullah aku akap tu.Dah memang kau cantik hari ni kan.."
"Terima kasihlah Mak Leha.."
"Pukul berapa Hisham sampai ni??Tok kadi??"
"Dalam pukul 12 karang sampailah dia."
"Kau ada telefon dia Isya??"
"Tak ada pun Mak Leha..Mak kata lepas nikah baru boleh nak telefon."
"Memang pun.Eh Isya.Itupun tok kadi dah sampai.."Mak Leha memanjangkan leher keluar bilik pengantin.
"Hah??Dah sampai??Hisham belum sampai lagi ni."
"Dah siap ke Isya??"Puan Arena masuk ke dalam bilik pengantin.
"Dah Kak Ena..Tapi yang lelakinya belum datang lagi.."Mak Leha pula menjawab.
"Cuba telefon Hisham Isya..Nanti kasihan pula tok kadi menunggu."
Pantas sahaja Batrisya mendail nombor telefon Hisham.Namun hampa.Panggilannya tidak diangkat.Empat kali mencuba,masih tetap sama.
"Tak angkatlah mak."Batrisya menegluh.
"Sudahhh...Nak tunggu samapai pukul berapa ni??"tanya Mak Leha.
"Takapalah,kita tunggu kejap.Mungkin dalam perjalanan tu."Puan Arena mententeramkan.
Hampir satu jam menunggu.Namun rombongan pihak lelaki masih belum tiba.Puas Batrisya mendail namun masih tidak diangkat.Batrisya sudah mulai gelisah.Mundar-mandir sambil memegang telefon bimbitnya.Dia dapat merasakan ada perkara tidak elok yang berlaku.
"Minta maaf.Sampai bila nak tunggu ni??Saya ada nak nikahkan orang lain pula ni."tok kadi bertanya.
"Sekejap ya tok.Kami pun tengah usaha telefon ni."kata En.Badri,ayah Batrisya.
Tiba-tiba salah seorang dari ahli keluarga Batrisya terkocoh-kocoh berlari mendapatkan ayah Batrisya sambil membisikkan sesuatu di telinga Encik Badri.Ternganga Encik Badri dibuatnya.Lama dia menyepi,kemudian Encik Badri memanggil Puan Arena dan membisikkan sesuatu.Reaksi Puan Arena yang menekup mulutnya merisaukan Batrisya.Batrisya ke arah ayah dan emaknya.
"Kenapa ni mak,ayah??"
Sambil menarik nafas,Encik Badri menyusun kata."Isya..Ayah harap Isya sabar untuk dengar apa yang ayah nak cakap ni."
"Apa bendanya ayah??Janganlah buat Isya takut aja."
"Hisham....."
"Hisham??Kenapa dengan Hisham??Dia dah sampai ke??"Batrisya mulai tersenyum sambil memandang perkarangan rumah banglo milik ayahnya.
"Bukan...Hisham..Dia tengah tenat dekat hospital sekarang ni.."
"APA??????!!!!!!"terduduk Batrisya mendengar khabaran buruk yang disampaikan oleh ayahnya itu.*sambung
best...first igtkn diorg clash...ade unsur saspens kt ctu ye...pe kate lps dh complete citer nie kak syaza hantar kt penulisan2u tu...banyak penggemar novel n cerpen kt sne...blh la dpt komen dri diorg plak...just cadangan je...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesyaza, akak sokong dgn cadangan saudara kat atas tuh hehe..
best ler cite nih.. jgn risau, akak akan mengikutinya sampai abes okeh..
wah pasni dah tak pyh beli novel lg.. bace novel syaza jer hikhikhik..
gud jobs!
dear amal:wowww...thanx yunxxx!!!insha-Allah akan cuba msk kan dlm penulisan2u!!thanx 4 d suggestion yerr...syunx awk laa..hik2
ReplyDeletekak nad:kak nad!!!!!!!!!!!!!thanx kak nad....sgt trharu kak nad suke dgn penulisan sy nie...haha..blh sgt2!!xpyh kuar duet rm19.90..hehe
haha.. betul kte @mal. ingt nak break up. suspen! nway, hisham sakit ape yee.. tnggu ke-5 nye. heee, =)
ReplyDeletehak2...unsur suspen brjaya buat adik akak ni menanti!!!alhamdulillah...
ReplyDeleteakan di update tak lama g...thanx lya sayunggg!!!