Friday, August 13, 2010

Aku & Komuter 3

"Iya..Nombor telefon awaklahh.Tak kan nombor apek jual besi pulak kan.."Hijaz berseloroh.
"Memanglah.Tak de sape suruh awak pergi mintak nombor apek tu.Cuma kan,awak nak buat apa dengan nombor saya??"
"Lahh..Kenapa banyak tanya nie Cik Isya oii??"
"Mestilah banyak tanya.Ini nombor saya lahh..Lagipun kita belum kenal sangat pun.Jadi agak berat nak bagi nombor ni.."
"Kan dah kenal tadi??"
"Kenal yang macam kawan-kawan lahh..."
"Alaaaa..Boleh la Isya.."Hijaz merayu sambil memandang tepat ke arah anak mata Batrisya.
"Aduh mamat ni..Boleh cair aku dibuatnya dengan mata dia ni."cakap Batrisya di dalam hati.
"Boleh tak??"Hijaz bertanya lagi.
  Batrisya terus mengeluarkan kertas kecil dan pen dari beg tangan Pradanya berwarna hitam itu.Tersenyum-senyum Hijaz apabila dia melihat Batrisya menulis sesuatu di atas kertas kecil itu.
"Nah..Ambil ni.."Batrisya menghulurkan kertas itu.
"Hah??E-mail ke??Ingatkan nombor telefon awak."
"E-mail jer dulu ya Hijaz.Ini YM dan Facebook saya.Nanti bila-bila free,add jerr saya.Nanti saya approve.Oklah Hijaz,saya pergi dulu.Assalamualaikum.
  Batrisya terus menyusup ke dalam kereta Saganya berwarna putih itu.Menghidupkan enjin kereta dan terus sahaja pergi dari perkarangan Stesyen Komuter Nilai itu.Tercengang Hijaz melihat kelakuan Batrisya.
"Sombongnya.."Hijaz bercakap sendirian.

Di rumah Ayah Teh Mansur.
  Sesudah sahaja solat Maghrib,terus Batrisya turun ke dapur membantu Maktehnya menyediakan makan malam.Memang sudah jadi rutin harian Batrisya untuk menolong Maktehnya memasak dan menyediakan makanan.Dia sentiasa mengingati pesanan emaknya supaya pandai membawa diri di rumah orang.
    "Dah siap semua Isya??"Makteh Sakinah bertanya sambil menjengah ke dapur.
    "Dah Makteh.Ajaklah Ayahteh makan."
  Selesai mengaminkan doa yang dibaca oleh Ayah Teh,terus sahaja Batrisya mencapai lauk-pauk dan dibawanya ke pinggan kaca berwarna putih jenama Luminarc itu.Berselera sungguh Batrisya pada malam itu.Mana tidak,Maktehnya memasak ayam masak lemak cili padi ditambah pula dengan tempe goreng.Lajulah Batrisya menyuap nasi ke dalam mulutnya.
    "Isya...Pelahan sikit makan tu.Tak baik cepat-cepat.."Ayah Teh menegur.
    "Hehe..Laparlah Ayah Teh.Sedap pula tu.Itu yang laju jer suap nasi ni.."
    "Iyalah..Sedap macam mana pun,awak tu orang perempuan.Anak dara pula tu,nanti tengok dek mak mertua,langsung kena reject!!!"
    Tersedak Batrisya mendengar cakap Ayah Tehnya itu.Lantas tangannya laju sahaja mencapai gelas yang berisi air masak itu dan minum dengan berhati-hati.
    "Kamu ni.Kalau cakap pasal mak mertua aja mesti tersedak.."bebel Ayahtehnya lagi.
    "Ishkkk abang ni..Kasilah budak ni makan dulu.Tengok,sampai tersedak dibuatnya."protes Makteh Sakinah sambil megurut perlahan belakang dada Batrisya.
    "Abang bukannya apa.Sebagai pakcik dia,abang nak juga tengok dia ni berumahtangga.Isya...umur bukannya makin muda,makin tua tahu tak??!Pakteh rasa,dah tiba Isya cari pengganti Hisham."
    "Hisham??"tiba-tiba dada Batrisya menjadi sesak.Air matanya mula bergenang apabila Ayahtehnya menyebut nama Hisham.Batrisya terus ke singki membasuh tangan dan berlari masuk ke dalam bilik.
    Hisham??"nama itu disebut lagi.Setitik demi setitik airmatanya jatuh membasahi pipi gebunya.Terlalu sarat dengan kesedihan.Ada cerita disebalik kesebakkan.Ada sejarah disebalik keperitan.Semuanya bermula antara Hisham dan Batrisya.

6 comments:

  1. sombong laa kak sya nih! hahaha..
    cian kaka tersedak. hehe, best2! smbung lg panjang2 awww..

    ReplyDelete
  2. sbb la abes kannn..nak tau ending.

    ReplyDelete
  3. haha...awk suke kt kak sya sombong yerkk..
    cubit tau laa..hik2!!!
    tq sayangggggg..insha-Allah nt kak sya buat pnjng skeyt tok awk..hik2..
    bkn trsedk dah,siap dh tercekik nie...
    nyway thanx yunxxx!!!

    ReplyDelete
  4. kak farah..
    uishhh!!!kne sabo2 la kak farah...
    jauh lg endingnya nie...haha
    sabarrrrrrrrrr...nyway thanx kak farah...

    ReplyDelete
  5. keep it up!! need more agruments between 2 couples..hehehe....baru mantop!

    ReplyDelete
  6. hak2...
    thanx ainnn...
    ok2..nt syaza buat..siaplah Hijaz nt!!kih2..
    keep reading yeahhhhhh!!!

    ReplyDelete