Saturday, August 28, 2010

Aku & Komuter 13

Lima bulan kemudian..
"Amboiii..Lawanya Isya hari ni ya..berseri-seri.."usik Mak Leha.
"Eh..Mestilah berseri-seri Leha oii..Orang nak kahwin kan.."sambung Puna Arena lagi.Batrisya hanya tersenyum.Hatinya tidak gembira dengan perkahwinan ini.Semuanya diatur oleh Hijaz sendirian.Baik dari baju pengantin,hinggalah menempah dewan.Semuanya dilakukan Hijaz.Walaupun sibuk dengan tugas di hospital,Hijaz bersungguh-sungguh menyudahkan majlis perkahwinan mereka.
"Dah siap ke??Tok kadi dah sampai ni.."Encik Badri menjengul dari luar.
"Dah bang..Hijaz dah sampai ke??"
"Dah..Ada dekat tepi jalan tu haa..Tengah tunggu kompang jer ni.."paluan kompang di halaman rumah menandakan rombongan pengantin lelaki sudah hampir.Cepat-cepat mak andam membuat sentuhan solekan yang terakhir.Setelah berpuas hati,Batrisya ditemani oleh emak dan beberapa saudara-mara perempuannya keluar dari bilik.
  Melihat kecantikkan Batrisya yang menyarung baju jubah krim dan dihiasi dengan manik-manik berkelipan,menarik pandangan setiap tetamu.Batrisya cuba memaniskan mukanya.Terutama di hadapan keluarga mertuanya.Hijaz memandang Batrisya sambil tersenyum.Batrisya membalas senyuman Hijaz dengan terpaksa.
 "Sudah siap ke semua??"Tok kadi bertanya.Semua tetamu yang ada menjawab serentak.Acara pernikahan dimualai.Dengan hanya sekali lafaz,Batrisya sudah menjadi milik Hijaz yang sah.Batrisya yang berada di belakang Hijaz menitiskan air mata.Hatinya sedih dan hiba kerana teringatkan Hisham ketika itu.Dia tidak gembira.Namun,demi memenuhi permintaan ayah dan emaknya,Batrisya akur.
  Acara pembatalan air sembahyang dimulakan dengan penyarungan cincin ke jari manis Batrisya.Semua tetamu terpegun dengan sebentuk cincin emas putih yang bertatahkan berlian berbentuk hati yang ditempah khas oleh Hijaz.Kamera-kamera yang ada pun mengeluarkan cahaya yang banyak mengambil gambar Hijaz menyarungkan cincin.Diakhiri dengan penyerahan mas kahwin dan sesi mengambil gambar bersama keluarga.
  Di sebelah petang,diadakan majlis berkhatam Al-Quran,malamnya pula ialah majlis berinai dan memperagakan baju-baju etnik seperti etnik India,Cina dan sebagainya.Dalam tidak gembira,Batrisya seronok pada malam itu.Terhibur dengan keiruhan saudara-maranya dan jiran tetangga.
  Keesokan harinya pula,majlis bersanding pula.Dengan mengenakan baju kebaya berwarna hijau yang direka khas oleh Rizal Rizalman,Batrisya tampak begitu anggun.Warna hijau memang sesuai dengan warna kulitnya yang kekuningan langsat itu.Hijaz tidak kurangnya.Memakai tanjak di kepala,keris di pinggang dan capal kulit di kaki.Memang digambarkan seperti seorang pahlawan sedang mengunggu puterinya.Diiringi dengan paluan kompang dan taburan bunga-bungaan,Hijaz dan Batrisya memang sepadan digandingkan di singgahsana.Ramai yang memuji keserasian mereka berdua.Hijaz pula tidak lepas-lepas memegang tangan Batrisya.Ke mana Hijaz pergi,Batrisya mesti bersama.Geram sahaja dengan perangai Hijaz yang mengambil kesempatan memegang tangannya.Hampir jam lima petang,barulah majlis perkahwinan Hijaz dan Batrisya selesai.
   "Ishkk..Geram betul aku.Suka-suka hati dia je nak pegang tangan aku lama-lama.."Batrisya membebel di dalam bilik.Ketika itu Hijaz berada di dalam bilik air sedang membersihkan diri.Pandangan Hijaz disambut dengan jelingan Batrisya ketika dia melangkah keluar dari bilik air.
   "Kenapa jeling-jeling ni sayang??"Hijaz duduk di sofa.
   "Sayang??Geli ketiak aku.."Batrisya bercakap di dalam hati.
   "Abang tengok awak asyik nak jeling-jeling abang je yaa..Nanti abang cubit tau lahh.."
   "Eeeee!!!Awak ni kenapa Hijaz??Buang tebiat yer??Sejak bila pula berabang bersayang ni??"Batrisya bersuara.
   "Kan kita dah kahwin..Jadi sayang dah tak boleh panggil Hijaz lagi.Kena panggil abang.."
   "Tolong yaaa..!!Dah kahwin atau tidak,saya tetap akan panggil awak Hijaz.Fullstopp!!!"
   "Isya.."
   "Dah!Saya nak turun bawah..Malam ni,kalau awak nak tidur atas katil,awak tidurlah.Saya boleh tidur dekat mana-mana aja.."
   "Tapi...sayang...."belum sempat Hijaz bercakap,Batrisya sudah pun keluar dari bilik mereka.Hijaz hanya mampu mengeluh.*sambung

Wednesday, August 25, 2010

Aku & Komuter 12

Di dalam bilik.
Telefon bimbit Batrisya berdering mengeluarkan,tertera nama Anita di skrin telefonnya.
"Assalamualaikum.."Batrisya menjawab.
"Waalaikumusalam Isya.."
"Ada apa Nita??"
"Isya..Aku nak minta maaf pasal petang tadi.."Batrisya hanya mendiamkan diri memberikan peluang untuk Anita bercakap.
"Bukan niat aku nak tipu kau Isya..Cuma aku terpaksa rahsiakan benda ni.Aku tak nak Hijaz marah.."
"Habis tu??Kau tak pernah fikir ke aku akan marah??"
"Isya..Aku terpaksa buat macam ni,aku buat ni demi kebaikkan kau dengan Hijaz juga."
"Demi aku dan Hijaz??Nita,aku tak ada kaitan dengan Hijaz .."
"Kan mak ayah kau dah setuju untuk terima Hijaz??"
"Itu mereka,bukan aku.Walau aku kahwin dengan dia sekali pun,aku tak akan pernah cintakan dia macam mana aku cintakan Hisham dulu.."
"Isya..Tak baik kau cakap macam tu..Mana tau kan sebenarnya Hijaz tu jodoh kau yang sebenarnya.."
"Nita..Aku tak kenal dia,aku tak cintakan dia..Macam mana aku aggap dia tu jodoh aku??"
"Jodoh bukan bermaksud kau kena cintakan seseorang tu,baru nama jodoh.Oh ya,sebelum aku terlupa.Lepas kau kahwin nanti,aku akan bertunang.."
"Hmm..Dengan Halim??"
"Ha'ah laaa.."
"Tahniah la Nita.."
"Kau pun Isya..Jangan ikut hati sangat.Redha dengan apa yang dah jadi.."
"Iyalah Nita.."
"Ok..Nanti bila-bila,kita jumpa ya..Assalamualaikum.."
"Waalaikumusslam.."Batrisya mematikan talian.Dia memikirkan apa yang Anita katakan tadi.Hijaz jodohnya?Batrisya hanya mampu mengeluh.Telefonnya berdering lagi.
"Mungkin Anita ni telefon lagi.."Batrisya mengeluh.Terus die menjawab.
"Nita..Nak apa lagi ni??Kau lupa nak cakap apa??"
"Assalamualaikum.."suara seorang lelaki menyapa pendengaran Batrisya.
"Waalaikumussalam.."
"Isya...."
"Hijaz??"Batrisya bersuara perlahan.
"Awak ok??"Hijaz bertanya.Tetapi Batrisya hanya mendiamkan diri.Malas dia mahu berborak panjang dengan Hijaz.
"Minggu depan keluarga saya akan datang..Awak nak dekat rumah pakcik awak ke dekat rumah mak ayah awak??"
"Mana-manalah Hijaz.Perlu ke saya cakap??Bukan awak dah atur semuanya?"
"Isya..Janganlah macam ni,saya ikhlas cintakan awak.Saya ikhlas nak kahwin dengan awak.Nanti kita pergi cari baju kahwin sama-sama ya.."
"Hmmm...Saya sibuklah.Banyak kes dekat mahkamah.Awak pilih sendiri la.Saya ikut aja.."
"Isya..Saya..."
"Dahlah Hijaz,saya nak tidur..Esok saya nak balik nilai.Kena drive sendiri.Saya nak tidur dululahh.."
"Tapi Isya..."
"ok assalamualaikum.."Batrisya mematikan talian.Terus dia off kan telefon bimbitnya.Hatinya sakit mendengar kata-kata Hijaz.Dia rasakan yang dia tidak mampu untuk hidup bersama dengan Hijaz.Hubungan sebagai suami isteri antara Hijaz dan Batrisya menggerunkan.Tetapi,dia hanya pasrah.Kerana semua telah diatur oleh ibu bapanya.Gembira atau tidak,dia tidak hiraukan,hanya yang dia mahu ialah emak dan ayahnya bahagia dengan perkahwinan ini.*sambung

Tuesday, August 24, 2010

Aku & Komuter 11

"Makcik tak kisah Hijaz..Apa-apa pun,Hijaz kena tanya dengan empunya badan dulu.."jawab Puan Arena
"Kalau macam tu,biarlah saya jumpa dengan Isya dulu makcik.."
"Hahh..Pergilah,dia ada dekat buaian depan tu.."Puan Arena memeberitahu.Hijaz pun keluar mendapatkan Batrisya.Ketika itu Batrisya sedang khayal memandang bunga-bunga yang ditanam oleh emaknya sambil menghayun buaian.Perlahan Hijaz mendapatkan Batrisya dan duduk di hadapan Batrisya.
"Batrisya.."Hijaz menegur.
"Hmmm..."
"Saya minta maaf sebab tipu awak.."
"Eh..Tipu apa??Tak ada pun..."Batrisya cube memerli.
"Sebenarnya saya dah lama kenal dengan Anita..Kawan saya si Halim tu bakal tunang Anita.."
"Apa-apa aja lahh Hijaz..Saya malas nak dengar..Awak datang sini nak apa??"
"Saya ada hal nak cakap dengan awak Isya.."
"Hal apa yang penting sangat??Ohhh..Awak nak minta maaf sebab hari tu ke??Hmm..Tak apalah Hijaz.Dah memang saya yang salahkan.Saya tak nampak awak,saya yang asyik ingatkan orang yang takda.."
"Isya...Awak marahkan saya lagi??"
"Hijaz awak ni tak faham-faham kan??Awak ada nampak saya tengah senyum ke ni??"
"Isya..Saya minta maaf pasal hari tu..Saya..Saya tak sengaja..."
"Dahla Hijaz.Baik awak cakap cepat apa yang awak nak cakap..Baik awak pergi cepat!"
"Saya....Saya nak kahwin dengan awak Isya.."
"APA!!!!!!???????"
"Ye..saya memang nak kahwin dengan awak..Saya cintakan awak Isya.."
"Hijaz!Awak sedar tak apa yang awak cakap ni??"Batrisya sudah bangun dari tempat duduknya.
"Saya sedar dan saya masih waras..Saya cintakan awak dan saya nak kahwin denga awak.Izinkan saya ubati luka di hati awak Isya..."ucap Hijaz penuh mengharap.Batrisya terdiam,dia begitu terkejut dengan apa yang baru dicakapkan Hijaz tadi.
"Saya..Saya...."Batrisya terus lari ke dalam rumah sambil menangis.Dia menyembamkan muka ke atas bantal.Hatinya sedih,terharu,suka,perit dan berbagai lagi rasa yang ada.Semuanay bercampur baur dalam satu perasaan.Ketukan Puan Arena dan Encik Badri di pintu tidak dihiraukan Batrisya.Dia terus menangis hingga tertidur.
  Jam sudah menunjukkan jam 7.30 petang,Batrisya terus terbangun dari tidurnya dan ke bilik air untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat Maghrib.Jiwanya tenteram sebentar,benar kata ibu bapanya,kedamaian ketika bersolat tiada tolok bandingannya.Batrisya begitu khusyuk bersolat dan berdoa.Dalam doanya,dia memohon agar Allah s.w.t dapat memberikan pentunjuk yang terbaik untuk masa hadapannya.Ketukan di pintu dibuka oleh Batrisya.
"Isya...Dah solat??"Puan Arena bertanya.
"Dah mak.."
"Jom turun bawah.Ayah nak jumpa.."
"Kejap..Isya lipat kain solat ni dulu.Mak turunlah dulu.."
    Di bawah,Encik Badri dan Puan Arena sudah bersiap sedia menanti kehadiran Batrisya.Ada hal yang perlu diambil keputusan malam ini.Batrisya melangkah longlai dan duduk betentangan dengan kedua-dua ibu bapanya.
"Isya..ayah dengan emak nak cakap sikit ni.."
"Cakaplah mak..ayah.."
"Pasal Hijaz..Kami tahu yang Isya dah tahu kan??"Batrisya menggangguk perlahan.
"Terus terang kami cakap,kami bersetuju dengan pinangan Hijaz tu.."
"Tapi mak..ayah..Isya tak cintakan dia.."
"Isya..Cinta boleh dipupuk.Mak dengan ayah rasa,Hijaz boleh gantikan kami untuk jaga Isya..Kami dah tua Isya,kami tak tahu bila kami akan pergi.Kami tak nak Isya terbiar tanpa kasih sayang.."
"Tapi kenapa Hijaz??Tak ada orang lain ke??"
"Orang lain mana lagi Isya??Semua Isya dah tolak pun.."En.Badri bersuara.
"Isya..."
"Sekarang ni kami dah pun bersetuju,minggu depan keluarga Hijaz akan datang meminang,Mungkin tunang terus.Lima bulan dari sekarang kita akan langsungkan perkahwinan Isya.."
"Apa??Kenapa cepat sangat mak,ayah??"
"Isya..kami dah tak nak tunggu apa-apa lagi.Apa yang Osya tunggukan lg?Insha-Allah Isya,apa yang kami lakukan ini adalah yang terbaik untuk Isya.."Batrisya hanya terdiam.
"Ini nombor Hijaz.Dia bagi tadi.Ayah dah kasi nombor Isya dekat dia.Nanti dai telefonlah.."Encik Badri memberikan kertas kecil yang mengandungi nombor telefon Hijaz.Batrisya memandang kosong.
"Hmm..Kalau dah macam tu,Isya naik dula yaa.."
*sambung

Sunday, August 22, 2010

Aku & Komuter 10

"Assalamulikum.."
"Waalaikumussalam..Awak??!!"
"Ye saya..Hehe.."
"Apalah nasib aku ni asyik jumpa dia aja.."bebel Batrisya di dalam hati.
"Awak datang dengan siapa??"Hijaz bertanya sambil matanya galak memerhatikan taman bunga Datuk Mahfuz.
"Saya datang seorang aja.."
"Seorang aja??Tak takut ke drive sampai sini??"
"Kalau takut tak sampailah jawabnya.."
"Isya..Isya..."Hijaz menggeleng sambil tersenyum.
"Ni kenapa senyum sorang-sorang pula??"
"Kenapa setiap kali kita jumpa,tak pernah yang tak gaduh kan??"
"Sebab awak suka sangat sibuk hal saya.Mana saya pergi mesti awak ada.."
"Orang tua-tua kata,kalau selalu gaduh selalu jumpa,panjang jodoh.."
"Jodoh??Bermimpilah..."
"Kenapa awak cakap macam tu Isyaaa??Teruk sangat ke saya ni??"panahan mata Hijaz tepat ke dalam anak mata Batrisya.Tidak tentu hala Batrisya dibuatnya.
"Isya..Saya cintakan awak...."perlahan Hijaz bersuara namun masih boleh didengari oleh Batrisya.Batrisya begitu terkejut dengan pengakuan Hijaz.Dia memandang Hijaz dengan perasaan yang terkejut.Tidak pernah dia menyangka begitu cepat Hijaz mengucapkan 'cinta' kepadanya.Walhal,hanya baru beberapa bulan sahaja mereka berkenalan.Batrisya terdiam.
"Kenapa Isya??"
"Cepat betul awak dah jatuh cinta dengan perempuan yang baru awak kenal dua tiga bulan kan??"
"Siapa kata hanya dua tiga bulan??"
"Saya kata!"
"Awak tak tahu Isya..Saya kenal awak lebih lama dari awak kenal saya.Semua tentang awak,semuanya saya tahu.Cuma awak aja yang tak pernah nampak kehadiran saya..Awak hanya nampak Hisham!"
"Hei Hijaz!!Awak tak ada kena mengena dengan dia.Apa awak sibuk kalau saya hanya ingatkan dia??Awak tak tahu penderitaan saya!Awak tak faham apa yang saya lalui!Awak tak tahu apa yang saya rasa!Awak tak ada hak untuk sebut nama dia, Hijaz!"turun naik dada Batrisya menahan marah dan sedihnya terhadap Hijaz sambil mengesat-ngesat air matanya.Pergaduhan antara Batrisya dan Hijaz didengari oleh Datuk Mahfuz dan ayah Hijaz,Datuk Azhar.Lantas mereka menghampiri Batrisya dan Hijaz.
"Batrisya..Kenapa ni??"Datuk Mahfuz bertanya.
"Hijaz..Apa hal ni??"Datuk Azhar memandang Hijaz.Lama Batrisya memandang Hijaz,persaannya bagaikan dirobek apabila Hijaz berani berkata kepadanya seperti itu.Dia begitu sebal dengan perangai Hijaz.Hatinya baru sahaja mahu dibuka untuk menerima kehadiran lelaki itu.Namun,ia dipersia begitu sahaja.
"Datuk..Saya balik dulu.Saya minta maaf.."Batrisya terus pulang tanpa berkata apa-apa kepada Hijaz.Sepanjang perjalannya,Batrisya menangis sepuas hati,dia begitu sedih dengan apa yang berlaku tadi.Pintu hatinya baru sahaja mahu dibuka,tetapi dicemari pula dengan kata-kata Hijaz sebentar tadi.
  Sampai sahaja di rumah,Batrisya terus naik ke bilik.Ayahteh Mansur dan Makteh Sakinah juga pelik dengan sikap Batrisya.Hinggakan makan malam pun tidak dijamah.Risau juga mereka dengan kelakuan Batrisya.Apabila ditanya,hanya menggeleng sahaja.Hanya satu tekad Batrisya,dia mahu balik ke kampung secepat mungkin dan menziarahi kubur arwah Hisham.

    Sesampai sahaja di kampung,kereta saga Batrisya terus sahaja membelok ke perkarangan Kubur Islam Kampung Chiang Mei.Batrisya menyedekahkan bacaan yassin dan Al-Fatihah.Lama dia menatap kubur arwah Hisham sambil mengeluh.Terbeban dengan pelbagai kejadian menyebabakan Batrisya terdorong untuk ke situ.Hatinya berasa sayu dan tenang seketika.Walaupun Hisham tiada di mata,namun Batrisya sentiasa dapat merasakan kehadiran Hisham bersamanya.Lamunan Batrisya terhenti apabila dia merasakan ada seseorang di belakangnya.
    "Pencuri ke??Ke perogol??"Batrisya bertanya sendirian.Apapun yang berlaku,Batrisya akan membuka lngkah silatnya.Namun sangkannya meleset,dia bagaikan mengenali suara yang menyapanya.
    "Awak??"Batrisya berpusing.

Di rumah Encik Badri dan Puan Arena.
"Jemput minum semua..Air kopi aja.."Puan Arena merendah diri.
"Makcik minum sekali laa..."ajak Anita.
"Ishkkk..tetamu lah minum dulu.."Puan Arena tersenyum manis ke arah ketiga-tiga tetamunya itu.
"Ni pakcik dengan makcik nak tanya,ada apa Nita dengan yang lain-lain ni ke sini??"En.Badri memulakan perbualan.
"Oh ya makcik,pakcik..Ini Hijaz,yang ini Halim..Hijaz ni datang ada hajat.."
"Hajat??Hajat apa tu nk??Macam besar aja makcik tengok sampai sanggup ke mari.."*sambung

Saturday, August 21, 2010

Aku & Komuter 9

Di dalam bilik,kelihatan Hijaz sedang sibuk membaca novel Adam & Hawa yang dirampas dari tangan Batrisya tadi.Sesekali wajahnya berkerut mungkin tidak suka dengan adegan pergaduhan,sesekali wajahnya tersenyum sendirian mungkin kerana mnyukai adegan romantik di dalam jalan cerita novel itu.
   "Hmm..Buku yang macam ni rupanya si Isya ni baca..Aku ingatkan buku tentang politik ke,apa ke.."bisik Hijaz sendirian.Tiba-tiba pintunya dikuak dari luar,cepat-cepat Hijaz menyorokkan novel ke bawah bantalnya.Takut dilihat oleh mamanya nanti.
  "Hijaz..Buat apa tu??"Datin Sofia bertanya.
  "Tak ada apa-apa ma..Cuma kemas katil ni aja.."Hijaz cuba berdalih sambil tangannya pura-pura sibuk mengemas cadar katilnya.
  "Kemas??Kenapa pula tiba-tiba rajin ni??Selalunya Mak Jah yang kemaskan.."
  "Alaa..Bukan selalu ma..Kesian Mak Jah,dia kan dah tua.."
  "Dah Hijaz..Macam-macam aja kau ni.Ini,mama nak ajak kamu pergi hi-tea dekat rumah Datuk Mahfuz.Ada jamuan petng sikit-sikit nanti.."
  "Hi-tea??Malas lah mama..Hijaz penat sangat.."
  "Penat apanya??Bukannya Hijaz kerja hari ni.Ingat mama tak tahu ke yang Hijaz cuti hari ni dan gantikan dengan Halim??"Datin Sofia menduga.
  "Iyalahh..Mama ni tahu aja kan..Hijaz pergi siap sekarang.."Hijaz pun mengambil tuala di tepi katil dan terus ke bilik air.Sementara Datin Sofia masih lagi duduk di birai katil Hijaz sambil memandang sekeliling bilik tidur anak terunanya itu..'Kemas..'bisik Datin Sofia.Tiba-tiba dia terpandang sesuatu di bawah bantal Hijaz.Buku tebal tulisan Aisya Sofea itu dicapai dari bawah bantal Hijaz..Datin Sofia pun membuka helaian pertama novel itu...
  "Batrisya??"Datin Sofia kehairanan.Tiba-tiba dia tersenyum.mungkin anak bujangnya sudah ada yang berkenan di hati.Sedikit sebanyak,Datin Sofia gembira dengan perubahan Hijaz itu.Semenjak putus tunang lima tahun yang lepas,Hijaz bagaikan menutup pintu hatinya untuk dicintai wanita lain.Datin Sofia meletakkan kembali novel itu ke bawah bantal Hijaz semula.Kemudian dia pun berlalu keluar.Doa hatinya,biarlah kali ini Hijaz gembira dan bahagia dengan pilihan hatinya itu.

Di rumah Ayahteh Mansur..
  Batrisya sedang sibuk mengenakan solekan ke pipi gebunya itu.Baju kebaya berwarna pink dan dipadankan dengan tudung berwarna kriim memang sepadan dengan warna kulitt Batrisya yang kuning langsat itu.Puas dengan penampilannya,dia pun turun ke bawah.Ketika melewati ruang tamu,Ayahteh dan Maktehnya menegur.
    "Nak kemana Isya??"Ayahteh Mansur bertanya.
    "Nak keluar sekejap ayahteh.Ada hi-tea syarikat di rumah Datuk Mahfuz."
    "Lama ke??"Makteh Sakinah pula bertanya.
    "Mungkin dalam dua tiga jam.Habis aja hi-tea,Isya akan terus balik rumah."
    "Bawak kereta tu elok-elok.Jangan laju-laju sangat.."Ayahteh Mansur berpesan.
    "Eh,kata esok nak balik kampung.Jadi ke??"Makteh Sakinah belum berhabis tanya.
    "Jadi makteh.Isya balik soang aja.Nita ada kerja sikit.Jadi dia tak dapat nak temankan.."Batriysa menjelaskan.Ayahteh dan maktehnya hanya mengangguk.


Di rumah Datuk Mahfuz..
  Tetamu-tetamu yang dijemput telah hadir memenuhi ruang tamu rumah besar Datuk Mahfuz itu.Semuanya dari kalangan orang-orang yang berada dan kalangan peguam-peguam yang berjaya.Datuk Mahfuz dan isterinya,sedang sibuk melayan tetamu.Kehadiran Batrisya tidak disedari oleh Datuk Mahfuz,hinggalah dia ternampak Batrisya di satu sudut sambil berborak dengan rakan-rakan sekerja yang lain.
    "Batrisya..Lama sampai??"Datuk Mahfuz menegur.
    "Baru aja datuk.."
    "Pergilah minum-minum dulu yaa..Saya nak layan tetamu lain.."
    "Ok datuk..Jangan risau pasal saya.."
    Batrisya pun meminta diri sebentar dari rakan-rakannya yang lain untuk mengambil minuman di meja yang menyediakan minuman.Air perisa strawberi menjadi pilihan Batrisya.Kemudian dia ke arah taman bunga milik Datuk Mahfuz dan isterinya.Batrisya tidak begitu berminat untuk menyertai perbualan tadi semula.Dia lebih suka bersendirian sambil menikmati pemandangan indah di taman bunag itu.Bunga-bunga yang kembang mekar,begitu menarik minat Batrisya,hinggakan dia tidak sedar ada seseorang yang memerhatikannya.*sambung

Aku & Komuter 8

'APA???'
"Ishkk kau ni Nita..Perlahan la sikit.Malu dekat orang la.."Batrisya memarahi Anita sambil melihat sekeliling restoran.
"Opss..Sori sori..Excited sangat.."
"Cakap tak da yang perlahan la kau ni.Cakap macam sebatu aja.."
"Bukan apa..Aku excited dengar ada orang datang minag kau.."
"Alaa..Minang aja pun.Bukan datang nak tunag ke..Lagi satu,diorang pinang aku,bukan kau.Kau yang terlebih excited pulak apahal??"
"Gila tak excited..Kawn aku dah ada orang pinang..Siapa lelaki tu Isya??"
"Hmm..Aku tak kenal pun.Makteh cakap dia kerja pegawai pemasaran dekat sana.."
"Owhhh..Ok lah tu.Habis tu kau terim lah kann?"
"Entahlah Nita.."
"Isya..Sampai bila kau nak macam ni??"Mengeluh Batrisya mendengar soln Anita itu.Wajahny bertukar suram.Soal jodoh memang membebankan Batrisya.Bukan Anita sahaja yang bertanya,malah ayah dan emaknya juga sering menyoal perkara yang sama.
"Kau tahu kan Nita,aku ni masih sayangkan arwah Hisham..Cinta aku,untuk dia aja.."
"Itu aku tahu.Tapi Hisham kan dah tak ada.Apa yang kau tunggu lagi??Kau bukannya muda..Aku tahu,ramai yang suka dengan kau kan??Cuma kau aja yang masih teringat peristiwa dulu.Come on lah Isya,past is past.Sekarang ni,dah tiba masa untuk kau fikir soal masa depan kau pula.."
"Susah aku nak fikir Nita.Bila aku fikir aja,mesti terbayang wajah arwah Hisham.Bukan aku tak cuba buka hati aku ni,tapi aku tak kuat lahh.."
"Kalau dah kau cakap macam tu,aku rasa kau perlukan lagi masa lah tu.."
"Mungkin!Hahh!!Yang kau asyik cakap aku ni,kau bila pula??"
"Aku??Haaaa..Aku dah ada.."
"Owhhhh!!!Pandai simpan yerr..Tak cakap pun dengan aku.."
"Alahh..Nanti bila dah jadi aku kenalkan ok!Sekarang ni masih mengenali lagi.."
"Iyalah tu..Oh ya,mungkin hari Sabtu ni aku balik kampung,kau nak ikut ke??"
"Sabtu ni??Hmmm..Tak kot.Aku banyak kerja lah Isya..Banyak benda nak kena setel.Lagi baru pindah ni."
"Kalau macam tu.Its ok lahh..Aku balik soang lahh.".

Di dalam komuter...
    Sedang Batrisya leka membaca novel Adam & Hawa,huluran bunag ros berwarna merah memeranjatkan Batrisya.Terus dia berpaling ke arah lelaki yang menghulurkannya bunag ris merah itu.
  "Apa ni??"Batrisya menyoal kehairanan.
  "Bunga lah awak.."
  "Untuk siapa??"
  "Untuk awak lah.Tak kan untuk makcik dekat sebelah awak pula.."wanita separuh usia yag duduk berhampiran dengan Batrisya itu memandang Batrisya dan Hijaz.Mungkin dia terdengar apa yang dicakapkan Hijaz tadi,
  "Apa awak ni??Tengok makcik tu dah pandang.."
  "Betul apa.Dah awak banyak sangat tanya.."
  "Saya tanya sebab saya tak tahu.Bunga ini untuk apa??"
  "Untuk awaklah Cik Isya..Tanda persahabatan.Hari tu,masa saya minta nombor awak,awak kata awak tak kenal saya kan??Jadi,lepas bagi bunga ini.Mesti awak dah kenal saya.So,boleh minta nombor awak.."Hijaz tersenyum penuh makna.
  "Macam-macam lah awak Hijaz.."Batrisya menyambung semula pembacannya yang tergendala tadi..
  "Lahhh..Awak ni selalu macam ni.Saya tak habis cakap lagi,awak dah buat benda lain.."namun Btrisya masih tidkmemberi respon.Matanya begitu asyik membaca novel kesukaannya itu.Walaupun sudah lima kali diulang,namun dia masih belum puas lagi.
  "Bak sini novel tu.."Hijaz terus merampas novel Adam & Hawa itu dari tangan Batrisya..
  Terbeliak mata Btrisya melihat kelakuan hijaz yang sewenang-wenangnya meramps novel itu dari pembacannya."Heii..Awak ni kenapa hah??"cukup perlahan,masih ada tegas di dalam nada suaranya.Takut didengari oleh penumpang komuter yang lain.
  "Lain kali,kalau saya ckap,awak kena dengar..."
  "Apa yang awak nak cakap lagi??Dari tadi asyik dengar awak membebel aja.."
  "Yeke saya membebel??Saya nak kasi bunga ini untuk awak laa..Penat saya pilih.."
  "Bunga..Bunga..!!Bak sini.."Batrisya menarik bunga yang dibelikan oleh Hijaz itu.
  "Hah..Macam tu lahh.."
  "Puas hati??Sekarang bagi balik novel saya tu.."
  "Aihhh!!Nanti-nanti..Hmmm,novel apa yang awak baca ni??Mesti cerita cinta"Hijaz membelek-belek novel Adam & Hawa itu.
  "Hello Encik Hijaz.Ada ke novel yang bercerita tentang Si Monyet dengan Pokok Kelapa??Tak ada kan..Dah nama novel,memaglah kisah cinta.."
  "Pandai buat lawak ya Isya..Awak ni,cubalah sesekali tu jangan nak serius aja..Cuba senyum sikit.."
  "Suka hati sayalah nak macam mana pun.Awak kisah apa??Awak suka sibuk hal saya.."
  "Tengok tu,marah lagi.Peguam memang suka marah-marah ya??"
  "Sibuklahhh!!!"
  "Iyalhhh...Sabtu ni busy tak??"
  "Apasal??"
  "Jom keluar nak??"
  "Keluar??Pergi mana??"
  "Basuh kereta ke??"
  "Basuh kereta??Giila apa??"
  "Lahh..Basuh kereta pun cakp gila..Hmm,kita pergi makan-makan laa.."
  "Sori saya sibuk.Nak balik kampung.."
  "Balik kampung??Kenapa??"
  "Sibuk lagi kan??Cuba duduk diam aja..Sukahati sayalah nak balik kampung."Batrisya marah lagi.Pengumuman ke Stesyen Komuter Nilai diumumkan,lantas Batrisya terus mengambil beg tangannya dan bersiap sedia untuk keluar.Malas dia mahu melayan Hijaz.Makin dilayan,makin menjadi perangai sibuknya itu.Apabiila pintu komuter terbuka,pantas kakinya mengattur jalan.Tiba-tiba...
  "Alamak!Novel aku..."Batrisya baru tersedar yang novel Adam & Hawanya berada di tangan Hijaz.Dia menoleh kebelakang,namun kelibat Hijaz tidak nampak.Batrisya mengeluh.Namun,bibirnya mengukir senyumn apabila terlihat jambangan bunag ros berwarna merah yang berada di tanga kirinya.*sambung

Saturday, August 14, 2010

Aku & Komuter 7

Di rumah Ayahteh Mansur..
 Kelihatan Batrisya sedang sibuk menyiapkan kerja pejabatnya yang tertangguh petang tadi.Tugas sebagai Peguam di Syarikaf Mahfuz & Co. menyebabkan dia tiada masa untuk berehat kadangkala.Disebabkan itulah Batrisya memilih untuk menggunakan komuter kerana tidak larat untuk memandu hingga ke Kuala Lumpur itu.Tetapi.ada juga cerita disebalik komuter itu.Ketukan Makteh Sakinah di pintu bilik tidur,menyebabkan Batrisya terperanjat seketika.Makteh Sakinah masuk ke dalam bilik tanpa dipelawa kemudian meletakkan satu mug koko yang dibuatnya untuk Batrisya.
    "Nah Isya..Ni air koko.Minumlah..Panas lagi ni.."
    "Ya Allah makteh.Saya boleh buat sendiri lahh..Susahkan makteh aja.Terima kasih yaa."
    "Apa yang susahnya.Buat air koko aja pun.Kesian makteh tengok Isya tak berhenti-henti buat kerja dari balik kerja tadi.."
    "Banyak kerja lah makteh.Nak tengok fail-fail klien ni lagi.Nak tengok kes apa yang diorang nak saman.Macam-macam..."keluh Batrisya.
    "Isya..Tadi ayahteh cakap,mak ayah Isya ada telefon dia.Cakap pasal Isya.."
    "Pasal Isya??Kenapa makteh??"
    "Ayahteh cakap tadi,ada orang yang masuk meminang Isya..Dia kerja Pegawai Pemasaran dekat syarikat di Johor juga.Itulah yang ayahteh minta makteh tanyan ni,Isya setuju ke??"
    Mendengar berita yang disampaikan oleh Makteh Sakinah itu,Batrisya berhenti bekerja sebentar.Dia termenung sendirian menghadap keluar tingkap.Bukannya dia tidak setuju,tetapi sayang dan cintanya kepada Arwah Hisham masih kukuh lagi.Hatinya masih lagi bersedih walaupun peristiwa itu telah berlaku hampir lima tahun lalu.
    "Makteh,makteh tahu kan Isya masih sayangkan arwah Hisham??"
    "Iya..Makteh tahu dan makteh faham Isya..Tapi sampai bila Isya nak macam ni aja.Menyibukkan diri dengan kerja.Tak fikir langsung untuk berumah tangga.."
    "Makteh,hati Isya belum terbuka lagi untuk berumah tangga.Biarlah kejadian lepas sentiasa diingati,tapi asalkan Isya bahagia dengan keadaan Isya sekarang.Isya harap sangat makteh boleh faham Isya.."
    "Kalau dah Isya caka macam tu,makteh tak boleh nak buat apa.Lagipun makteh hanya bertanya.Apapun keputusan Isya,makteh tahu itu yang terbaik buat Isya..Makteh takkan paksa Isya dalam apa-apa hal pun ya nak.."
    "Terima kasih makteh..."
    "Iya..Sama-sama..Makteh masuk bilik dulu ya,jangan tidur sampai larut malam.Esok nak bangun pagi.."
    "Ok bossss!!!"Batrisya bertabik seperti askar,sengaja mahu mengusikibu saudaranya itu.Makteh Sakinah hanya mampu tergelak sambil mencubit manja lengan Batrisya.Kemudian Makteh Sakinah pun beredar dari bilik Batrisya.Mengingatkan hal yang diusulkan oleh maktehnya tadi,membuatkan Batrisya teringat kepada arwah Hisham lagi.
    "Kalulah Hisham masih hidup,mungkin kami dah bahagia.."Batrisya bercakap sendirian.
Bunyi lagu Inconsolable nyanyian Backstreet Boys itu mematikan lamunan Batrisya,pantas dia ke atas katil dan melihat nama yang tertera di skrin telefon Sony Ericsonnya itu.
    "Anita..."tersenyum Batrisya.
    "Hello..Assalamualaikum.."Batrisya menjawab.
    "Waalaikumussalam..Isyaaaaaa!!!!!"suara jeritan Anita di corong telefon yang nyaring menyebabkan Batrisya terpaksa menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga.
    "Aduhhhh!!!Sakit telinga aku.Apahal kau ni jerit-jerit hah??"
    "Hahahaha..Aku rindu gila dengan kau lah wei.Bila nak jumpa aku??"
    "Aku pun sama Nita..Bila masa aku nak jumpa kau??Aku busy sangat lah sekarang ni.Kaulah yang datang jumpa aku.."
    "Alasan kau jerr busy..Dengan kawan baik pun nak busy ke??"
    "Betul lah aku memang busy..Kau dekat mana ni??"
    "Aku dekat Bangi lah sekarang.Aku dah pindah sini.Ni sekarang dekat Warta jap.Jalan-jalan.."
    "Whatttt????Bangi?????!!!!Kau tak cakap dengan aku pun kau pindah yaa.."
    "Aku saja ja nak kasi surprise??Terkejut tak kau??"
    "Terkejut gila...Terkejut sangat.."
    "Hahahaha..Banyaklah kau.Ok lah wei,aku nk drive balik ni.Nanti aku sms alamat rumah aku lah.Datang tau!!"
    "Ok2..Insha-Allah ada masa nanti kita jumpalah yaa..Ok,assalamualikum.."
    "Waalaikumussalam.."Anita mematikan talian telefonnya.
Batrisya menggelengan kepalanya apabila teringatkan Anita.Perangai kebudak-budakkannya masih lagi ada walaupun telah menginjak ke 26 tahun.Sama seperti umurnya sendiri.Namun,Anitalah yang sentiasa memberikan kata0kata semnagt sewaktu dia memerlukan seseorang ketika Hisham meninggal dunia.Batrisya bergerak dair atas katil ke meja kerjanya.Baru beberapa minit menyelak data fail,Yahoo Messenger nya pula mengeluarkan bunyi.
    Assalamualaikum Isya...
     
      W'slm w.b.t....=)
   
 Saya ganggu ke??tgh buat apa?
     
       Adalah sikit.tgh semak fail.ada apa ya??

    Saja ja.Nak tanya khabar awak.Dah lama tak nampak awakdi komuter..

      Owhh...Saya ada aja.Mungkin di gerabak lain..huhu

    Owh...!!Isya kerja apa ya??

      Peguam....
   
    Owhh peguam..Bagus2!!!Tapi asal tak banyakcakap??selalu peguam mesti peramah...

      Saya banyak cakap di mahkamah aja..takkan dengan semua orang saya nk banyak cakap kan..

    Janganlah marah..saya tanya jer pownn..awk ni cpt sgt nk mrh yaa..

      sukahatii sayalah..awk suke sibukkan??

    sbb sy suke awk...

      dah2..malam buta ni baik pg tido.sy pown nk siapkan kerja.bye...assalamualaikum...

 Belum sempat Hijaz menjawab salam Batrisya,Batrsiya sudah pun offline YM nya..Mengeluh lagi Hijaz dengan kelakuan Batrisya.'Sombong!!'desis hati Hijaz.Namun,dia juga seperti Qirana,apa pun yang terjadi dia akan berusaha untuk mendapatkan Batrisya.Hatinya sudah mula jatuh cinta sejak pertama kali dia melihat Batrisya yang ketika itu menegnakan baju kebaya sutera berwarna unggu.Ada cerita yang dia tahu,tetapi Batrisya tidak tahu.*sambung

Aku & Komuter 6

"Amboi..Jauh termenung!Siap senyum sorang-sorang lagi."tegur Halim sambil menepuk bahu Hijaz.
"Haishhh kau ni Halim..Terkejut aku laaa..."
"Mana tak terkejut.Aku ketuk bagai tak mau pintu bilik kau ni.Boleh pula kau tak dengar.Tersengih-sengih..Ingat makwe lah tu.."
"Makwe??Manalah aku ada makwe Halim oiii..."
"Kau tu yang memilih..Si Qirana nak dengan kau tu,kau pulak jual mahal.."
"Qirana???Si kaki panjang tu??"
"Kaki panjang???Apa lah kau ni.Memanglah dia kena tinggi,dia kan model..Match apa dengan kau.."usik Halim.
"Match kau cakap??Dengan perangai macam tu??"
"Tak adalah..Aku main-main aja.Aku taulah kau nak yang macam mana.."
"Tahu pown..Kita ni nak cari isteri biar yang sopan sikit.Pakai tudung,ada didikan agama..Insha-Allah rumah tangga harmoni.."
"Kau nasihat..Macam dah ada pengalaman aja...So macam mana perempuan yang kau cerita hari tu??"
"Dia ok jerr..Cuma susah sikitlah.Sombong sangat."
"Aku tengok cara dia cakap pun aku tahu.Mungkin belum habis bersedih.."nasihat Halim.
"Apa-apa pun, aku akan cuba sedaya upaya.."Hijaz berazam.
"Kau malam ni syif malam ke Hijaz??"
"Taklah..Aku pagi hari ni.Cuma ada banyak keja yang nak kena setel..Kau??"
"Aku malam lahh..Macam biasa..Kalau on-call senang.Wad yang aku jaga tu banyak kes yang kritikal.SO kena banyak berjaga lahh"
"Dah nama pun doktor.Kenalah berkorban sikit..Ok,i gotta go..See u tomorrow lahh..Assalamualaikum.."Hijaz  melangkah keluar pintu dan Halim pula meneruskan kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.

   Pemanduan Hijaz terganggu sebnetar dengan panggilan telefon daripada seseorang yang dikenalinya.Melihat nama yang tertera di skrin telefin bimbit Nokia X6 nya itu.Terus sahaja Hijaz mendengus melihat nama itu.Mahu tidak mahu,dia terpakasa menjawab panggilan telefon itu.
    "Assalamualaikum...."
    "Hijaz....You pergi mana??Puas I call you tauu..."Qirana merenget manja.
    "I baru balik dari hspital lah.."
    "Hospital??You buat apa??"
    "I kerja lahh..Tak kan I pergi masak-masak kot.."
    "You ni..Kelakar lahhh"terdengar suara Qirana yang ketawa di corong telefon.
    "You nak apa ni Qira??I tengah drive lahhh"
    "Alah you ni..I call kejap pun tak boleh..I boringlah Hijaz.Jom keluar??"
    "I penatlahh Qirana...Esok I kerja..You keluar sendirilah.."
    "Keluar sendiri??Taknaklah I..I nak keluar dengan you..Bolehlahhh..."
    "You tak faham ke yang I penat.Kalau nak keluar,you keluar sendiri ya.Ajak kawan-kawan you yang lain..Ok??Bye..."Hijaz memutuskan talian.Puas hatinya dapat menolak perlawaan Qirana.Terus dia menyambung balik perjalanan yang tergendala dek Qirana.Kereta Honda Accord berwarna hitam meluncur laju di atas jalan.
   "IShkkkkkkk!!!!!!Geramnya aku!!!!!"Qirana menyampakkan telefon bimbitnya ke atas kusyen sambil diperhati oleh Linda,teman serumahnya.
    "You ni kenapa pula Qira??Tak dapat ke ikan yang you umpan??"Linda memerli.
    "You jangan kasi I naik aingin ya..Karang dengan you I sepak..Hijaz laaa"
    "Rilek laa..I main-main jerrr..Hijaz??Kenapa dengan dia??"
    "I ajak dia keluar tapi dia bagi alasan penatlah apalah..Benci betul I"
    "Owhhh..Memanglah.Kan Hijaz tu doktor,mestilah dia penat.You pun satu,tak memahami betul.."
    "I tak memahami??Tolonglah!!I paling banyak faham dia.Dia je yang tak faham I.."
    "Dia tak suka you kot??"selamba Linda menjawab.
    "Lindaaaaa!!!!!"
    "Apa??Betul what?Cuba you fikir,lelaki yang sukakan dan cintakan seseorang tu,mesti sanggup buat apa sahaja asalkan dia dapat jumpa dengan kekasih dia.."
    "What ever lahh Linda..Yang pasti!!!I akan dapat dia dan duit dia sekali.."Qirana tersenyum sumbing.Pasti ada yang dirancang di belakang Hijaz.
    "Sukahati you lah Qira..I tak nak masuk campurr..."Linda mengangkat tangan dan berlalu masuk ke dalam bilik.
    Qirana menjeling tajam ke arah Linda.Baginya,Linda terlalu 'kampung' kerana bersikap kolot dan tidak seperti teman-temannya yang lain.Qirana punya agenda yang jelas terhadap Hijaz.Apa pun yang terjadi,Qirana tidak akan pernah mengalah.Hijaz adalah miliknya dan dia bakal laukan apa sahaja asalkan,Hijaz menjadi miliknya.*sambung
   

Aku & Komuter 5

Kedua ibu bapa dan beberapa saudara-mara Batrisya terkocoh-kocoh ke arah wad ICU di tingkat 2 hospital.Batrisya lah yang paling dihadapan berlari-lari sambil memerhatikan nombor wad.Baju kebaya unggunya itu,masih lagi disarung.Cuma solekannya sahaja sudah pudar kerana menangis.Melihat sahaja Wad 6B5,terus sahaja dia mencari kelibat ibubapa Hisham.
    "Makcik..Pakcik.."Batrisya bersalaman dan memeluk ibu Hisham,Puan Siti Azizah.
    "Kenapa dengan Hisham makcik??"Batrisya bertanya.
    "Ayah dan emak Isya tak cakap ke??"Puan Siti pula bertanya.
    "Takde pun.Hisham masuk hospital kenapa??Dia sakit apa??"
    "Isya...Makcik dah tak boleh nak rahsiakan perkara ni lagi."
    "Perkara??Perkara apa makcik??Bagitahulah dengan Isya makcik.."
    "Hisham..Dia....."tergagap-gagap Puan Siti untuk memberitahu akan hal yang benar.
    "Dia??Hisham kenapa makcik??Tolonglah bagitahu Isya makcik...."Batrisya merayu.
    "Hisham sakit paru-paru berair.Dia dah semakin teruk Isya..Kami dapat tahu,dia dah tak boleh diselamatkan lagi.."syahdu Puan Siti.Dia menangis dan memeluk suaminya kerana terlalu sedih.Terpampang Batrisya apabila mengetahui penyakit yang dihidapi Hisham.Dunianya bagaikan berputar apabila tunang yang dikasihinya tidak dapat diselamatkan lagi.Di hari pernikahannya pula.Setitik demi setitik air mata Batrisya merembes keluar hingga tidaj dapat dikawal lagi.Encik Badri dan Puan Arena memegang bahu anak perempuannya itu sambil cuba untuk menenangkannya.
    Tiba-tiba bilik operasi terbuka.Kelihatan seorang doktor lelaki separuh umur itu laju menghampiri mereka.Memperkenalkan diri sebagai Doktor Halim.
    "Ini keluarga Hisham ke??"
    "Iya...."mereka menjawab serentak.
    "Saya harap semua saudara dan saudari yang ada dekat sini dengar apa yang saya cuba cakap kan.."
    "Hisham kenapa doktor??"Puan Siti bertanya.
    "Seperti yang kamu semua tahu,Hisham menghidapi penyakit paru-paru berair yang kritikal.Keadaan dia tadi sangat lemah dan terlalu complicated keadaan paru-parunya.Kami,pihak hospital dan beberapa orang pakar tadi telah sedaya upaya untuk membantu menyelamatkan Hisham.Tapi...."
    "Tapi apa doktor??"Batrisya bertanya,
    "Tapi kami minta maaf.Hisham,tak dapat kami selamatkan.Keadaan dia terlalu kritikal.Kami minta maaf.."perlahan Doktor Halim memberitahu tentang kematian Hisham.
    "Ya Allah!!!!!Hishammmmm......."Puan Siti meraung kesedihan.Cepat-cepat suaminya menangkap tubuh Puan Siti daripada jatuh terjelepok.Saudara-mara Hisham dan Batrisya yang lain ada yang tercengang,ada yang sudah menitikkan air mata dan ada yang menggeleng.Keadaan Batrisya paling menyedihkan.Dia bagaikan terkaku sebentar.Terdiam dia mendengar khabaran Hisham telah tiada.Saat itu dia rasakan bagai impian hidupnya musnah berkecai bersama Hisham.Air mata yang banyak membasahi tudungnya.Ayah dan emaknya juga turut mengalirkan air mata.
    "Boleh saya tengok jenazah Hisham??"Batrisya bertanya dengan suara yang tersekat-sekat.
    "Boleh Cik..Mari saya tunjukkan tempatnya."Doktor Halim menunjukkan arah tempat jenazah Hisham ditempatkan.
    "Cik mahu saya temankan??"doktor itu bertanya.
    "Tak apa..Biar saya sendirian."Batrisya menjawab.Doktor Halim pun keluar meninggalkan Batrisya sendirian.
     Lambat-lambat Batrisya menyelak kain putih yang menutupi badan dan muka Hisham itu.Sebak didada semakin menjadi-jadi apabila dia melihat jenazah Hisham yang masih lagi berpakaian baju melayu berwarna unggu.Baju yang dipilih untuk hari pernikahan mereka.Teresak-esak Batrisya di sisi Hisham.Matanya masih lekat di wajah bersih Hisham itu.
    "Hishammmm..."Batrisya memangil.
    "Kenapa Hisham tinggalkan Isya??Hisham kan dah janji dengan Isya yang Hisham nak kongsi hidup dengan Isya.."tersedu-sedu Batriysa bersuara.
    "Hisham tahu kan,Isya cintakan Hisham..Hisham yang beri kebahagiaan kepada Isya..Tapi kenapa Hisham tinggalkan Isya ??Isya tak boleh hidup tanpa Hisham..Isya sayangkan Hisham.."Batrisya menekupkan mukanya di dada Hisham.Saat itu juga dunianya gelap.Kepalanya pusing.Batrisya jatuh terjelepok di atas lantai.


Di tanah perkuburan Islam..
Suara imam membacakan taklik di hadapan kubur Hisham tidak dihiraukan.Batrisya termenung sendirian sambil ditemani oleh sahabat baiknya,Anita.Pandangan lesu ke arah kubur Hisham menyebabkan air mata Batrisya berlenang.Kalau diikutkan rasa hati,mahu sahaja dia menangis meraung disini.Namun,dia masih mengingati bait-bait perkataan yang pernah dituturkan.
    "Walau apa pun yang terjadi,Hisham tak mahu Isya kecewa.."
Batrisya cuba memujuk hatinya,ini adalah suratan takdir dari Allah s.w.t.Allah lebih menyayangi Hisham.Apa yang terjadi ada hikmahnya.Selesai pembacaan taklin,kedua ibubapa Hisham menyiram air ke tanah kubur Hisham.Kemudian Batrisya dipapah oleh Anita untuk membantunya menyiram air.
    "Isya..Jom kita balik.."suara Puan Arena lembut mengajak anak perempuannya pulang.Ketika itu,Batrisya sedang bersimpuh di tepi tanah perkuburan Hisham sambil memegang batu ninsan.
    "Mak baliklah dulu.."
    "Jangan macam ni sayang..Jom kita balik ya.."
    "Makcik..Tak apa,nanti saya bawa Isya balik ya.Makcik dengan pakcik baliklah dulu."Anita memberi cadangan.
    "Anita jaga Isya baik-baik ya.Makcik balik dulu.Malam karang makcik nak tolong kenduri tahlil di rumah Hisham."
    "Baiklah makcik.."
    "Isya..Mak balik dulu ya.."Batrisya hanya menganggukan kepalanya.
    "Hisham..Isya tahu apa yang Hisham maksudkan dulu.Isya pun cintakan Hisham sorang.Cinta Isya hanya untuk Hisham..Isya akan simpan segala pahit manis kita berdua selama-lamanya.Tak akan pernah luput dari hati dan ingatan Isya..Isya tak akan pernah lupa Hisham di hati Isya..Isya cintakan Hisham.."Batrisya berkata-kata di dalam hatinya sambil menutup kedua-dua matanya.Anita dapat melihat air mata yang berlenang dari celahan mata Batrisya yang tertutup itu.Anita juga turut bersedih dengan nasib Batrisya.*sambung

Friday, August 13, 2010

Aku & Komuter 4

Berada di tepi tasik sambil menghirup udara segar,Batrisya dan Hisham jalan beriringan menyusuri persisiran tasik.Dengan hanya berseluar jeans dan berbaju T-Shirt Muslimah berwarna hijau,sudah cukup menyerlahkan kecantikkan Batrisya.Gadis kecil molek ini mempunyai sepasang anak mata berwarna perang,kulit kuning langsat dan bibir yang kemerahan.Sesiapa yang terpandang,pasti tertawan dengann senyuman manis di bibirnya.
    "Kenapa senyap aja??"Hisham bertanya.
    "Tak ada pape.Cuma tengok tasik ni tenang aja."
    "Setenang hati Hisham bila berada dengan Isya."
    "Hati Isya pun sama Hisham."Batrisya tersenyum manis ke arah Hisham.
    "Isya...."Hisham memanggil lembut.
    "Iya..."
    "Hisham nak Isya tahu satu perkara,Hisham cintakan Isya sepenuh hati Hisham.Tak ada sesiapa yang boleh buka pintu hati Hisham macam mana Isya pernah buka pintu hati Hisham ni.Kalau apa-apa terjadi,Hisham tak mahu Isya kecewa.."
    "Hisham..Isya tak faham apa yang Hisham cakap ni.Terjadi??Terjadi apa??"
    "Walau apapun yang jadi,Hisham nak Isya tahu yang Hisham tak akan pernah cintakan orang lain selain Isya."
    "Isya takutlah dengar apa yang Hisham cakap ni..Isya tak faham!!Apa sebenarnya??"
    "Cukuplah sekadar Isya tau yang Hisham ikhlas cintakan dan sayangkan Isya."terbatuk-batuk Hisham sambil menekan dadanya.
    "Hisham,,Teruk sangat batuk ni.Dah pergi klinik belum??Kalau belum,marilah Isya temankan.."
    "Tak ada papelah Isya,cuma batuk biasa aja nie.Jangan risau ya.."
    "Mahu tak risau.Perkahwinan kita kan tak lama lagi.Kalau boleh,biarlah kita semua sihat-sihat aja.Aminnn"
    "Insha-Allah Isya..Selagi ada kudrat,"
    "Hah??Apa Hisham??"
    "Tak ada apa-apalah..Seronok rasanya nak naik pelamin kan??"
    "Yupzz..Tak sabar nak kongsi hidup dengan Hisham.Semoga kita bahagia kan??"
    "Insha-Allah Isya.."Hisham memandang sayu ke arah Batrisya..
    "Maafkan Hisham Isya..."bisik Hisham di dalam hati.

Masa yang dinanti telah tiba.Berbaju kebaya sutera berwarna unggu,dikenakan pula dengan tudung berwarna krim dan disolek,memang menyerlahkan lagi kecantikan Batrisya.Bulu matanya yang lentik menghiasi sepasang anak mata bundar berwarna perang itu.
    "Amboiii Isya...Kalah ratu cantik tau..."usik Mak Leha.Jiran kepada Puan Arena,ibu Batrisya.
    "Ada-adalah Mak Leha ni.."tersipu-sipu Batrisya kerana malu dipuji.
    "Apa??Betullah aku akap tu.Dah memang kau cantik hari ni kan.."
   "Terima kasihlah Mak Leha.."
    "Pukul berapa Hisham sampai ni??Tok kadi??"
    "Dalam pukul 12 karang sampailah dia."
    "Kau ada telefon dia Isya??"
    "Tak ada pun Mak Leha..Mak kata lepas nikah baru boleh nak telefon."
    "Memang pun.Eh Isya.Itupun tok kadi dah sampai.."Mak Leha memanjangkan leher keluar bilik pengantin.
    "Hah??Dah sampai??Hisham belum sampai lagi ni."
    "Dah siap ke Isya??"Puan Arena masuk ke dalam bilik pengantin.
    "Dah Kak Ena..Tapi yang lelakinya belum datang lagi.."Mak Leha pula menjawab.
    "Cuba telefon Hisham Isya..Nanti kasihan pula tok kadi menunggu."
Pantas sahaja Batrisya mendail nombor telefon Hisham.Namun hampa.Panggilannya tidak diangkat.Empat kali mencuba,masih tetap sama.
    "Tak angkatlah mak."Batrisya menegluh.
    "Sudahhh...Nak tunggu samapai pukul berapa ni??"tanya Mak Leha.
    "Takapalah,kita tunggu kejap.Mungkin dalam perjalanan tu."Puan Arena mententeramkan.
Hampir satu jam menunggu.Namun rombongan pihak lelaki masih belum tiba.Puas Batrisya mendail namun masih tidak diangkat.Batrisya sudah mulai gelisah.Mundar-mandir sambil memegang telefon bimbitnya.Dia dapat merasakan ada perkara tidak elok yang berlaku.
    "Minta maaf.Sampai bila nak tunggu ni??Saya ada nak nikahkan orang lain pula ni."tok kadi bertanya.
    "Sekejap ya tok.Kami pun tengah usaha telefon ni."kata En.Badri,ayah Batrisya.
Tiba-tiba salah seorang dari ahli keluarga Batrisya terkocoh-kocoh berlari mendapatkan ayah Batrisya sambil membisikkan sesuatu di telinga Encik Badri.Ternganga  Encik Badri dibuatnya.Lama dia menyepi,kemudian Encik Badri memanggil Puan Arena dan membisikkan sesuatu.Reaksi Puan Arena yang menekup mulutnya merisaukan Batrisya.Batrisya ke arah ayah dan emaknya.
    "Kenapa ni mak,ayah??"
Sambil menarik nafas,Encik Badri menyusun kata."Isya..Ayah harap Isya sabar untuk dengar apa yang ayah nak cakap ni."
     "Apa bendanya ayah??Janganlah buat Isya takut aja."
    "Hisham....."
    "Hisham??Kenapa dengan Hisham??Dia dah sampai ke??"Batrisya mulai tersenyum sambil memandang perkarangan rumah banglo milik ayahnya.
    "Bukan...Hisham..Dia tengah tenat dekat hospital sekarang ni.."
    "APA??????!!!!!!"terduduk Batrisya mendengar khabaran buruk yang disampaikan oleh ayahnya itu.*sambung

Aku & Komuter 3

"Iya..Nombor telefon awaklahh.Tak kan nombor apek jual besi pulak kan.."Hijaz berseloroh.
"Memanglah.Tak de sape suruh awak pergi mintak nombor apek tu.Cuma kan,awak nak buat apa dengan nombor saya??"
"Lahh..Kenapa banyak tanya nie Cik Isya oii??"
"Mestilah banyak tanya.Ini nombor saya lahh..Lagipun kita belum kenal sangat pun.Jadi agak berat nak bagi nombor ni.."
"Kan dah kenal tadi??"
"Kenal yang macam kawan-kawan lahh..."
"Alaaaa..Boleh la Isya.."Hijaz merayu sambil memandang tepat ke arah anak mata Batrisya.
"Aduh mamat ni..Boleh cair aku dibuatnya dengan mata dia ni."cakap Batrisya di dalam hati.
"Boleh tak??"Hijaz bertanya lagi.
  Batrisya terus mengeluarkan kertas kecil dan pen dari beg tangan Pradanya berwarna hitam itu.Tersenyum-senyum Hijaz apabila dia melihat Batrisya menulis sesuatu di atas kertas kecil itu.
"Nah..Ambil ni.."Batrisya menghulurkan kertas itu.
"Hah??E-mail ke??Ingatkan nombor telefon awak."
"E-mail jer dulu ya Hijaz.Ini YM dan Facebook saya.Nanti bila-bila free,add jerr saya.Nanti saya approve.Oklah Hijaz,saya pergi dulu.Assalamualaikum.
  Batrisya terus menyusup ke dalam kereta Saganya berwarna putih itu.Menghidupkan enjin kereta dan terus sahaja pergi dari perkarangan Stesyen Komuter Nilai itu.Tercengang Hijaz melihat kelakuan Batrisya.
"Sombongnya.."Hijaz bercakap sendirian.

Di rumah Ayah Teh Mansur.
  Sesudah sahaja solat Maghrib,terus Batrisya turun ke dapur membantu Maktehnya menyediakan makan malam.Memang sudah jadi rutin harian Batrisya untuk menolong Maktehnya memasak dan menyediakan makanan.Dia sentiasa mengingati pesanan emaknya supaya pandai membawa diri di rumah orang.
    "Dah siap semua Isya??"Makteh Sakinah bertanya sambil menjengah ke dapur.
    "Dah Makteh.Ajaklah Ayahteh makan."
  Selesai mengaminkan doa yang dibaca oleh Ayah Teh,terus sahaja Batrisya mencapai lauk-pauk dan dibawanya ke pinggan kaca berwarna putih jenama Luminarc itu.Berselera sungguh Batrisya pada malam itu.Mana tidak,Maktehnya memasak ayam masak lemak cili padi ditambah pula dengan tempe goreng.Lajulah Batrisya menyuap nasi ke dalam mulutnya.
    "Isya...Pelahan sikit makan tu.Tak baik cepat-cepat.."Ayah Teh menegur.
    "Hehe..Laparlah Ayah Teh.Sedap pula tu.Itu yang laju jer suap nasi ni.."
    "Iyalah..Sedap macam mana pun,awak tu orang perempuan.Anak dara pula tu,nanti tengok dek mak mertua,langsung kena reject!!!"
    Tersedak Batrisya mendengar cakap Ayah Tehnya itu.Lantas tangannya laju sahaja mencapai gelas yang berisi air masak itu dan minum dengan berhati-hati.
    "Kamu ni.Kalau cakap pasal mak mertua aja mesti tersedak.."bebel Ayahtehnya lagi.
    "Ishkkk abang ni..Kasilah budak ni makan dulu.Tengok,sampai tersedak dibuatnya."protes Makteh Sakinah sambil megurut perlahan belakang dada Batrisya.
    "Abang bukannya apa.Sebagai pakcik dia,abang nak juga tengok dia ni berumahtangga.Isya...umur bukannya makin muda,makin tua tahu tak??!Pakteh rasa,dah tiba Isya cari pengganti Hisham."
    "Hisham??"tiba-tiba dada Batrisya menjadi sesak.Air matanya mula bergenang apabila Ayahtehnya menyebut nama Hisham.Batrisya terus ke singki membasuh tangan dan berlari masuk ke dalam bilik.
    Hisham??"nama itu disebut lagi.Setitik demi setitik airmatanya jatuh membasahi pipi gebunya.Terlalu sarat dengan kesedihan.Ada cerita disebalik kesebakkan.Ada sejarah disebalik keperitan.Semuanya bermula antara Hisham dan Batrisya.

Wednesday, August 11, 2010

Aku & Komuter 2

Lama dia menyepi.Bagaikan rutin harianku pula,setiap pagi,tengahari,petang dan malam,pasti aku menanti-nanti wajahnya.Setiap kali pintu komuter terbuka,pasti aku menjengah untuk mencari kelibatnya.Namun hampa.Hari Isnin,wajahku bertukar ceria apabila ternampak si dia."EHHHH....DIALAAAHH!!!"jeritku di dalam hati.Bagaikan tahu-tahu sahaja bunga-bunga ceria mula berkembang,terus dia beralih pandang ke arahku.Bagaikan terkena renjatan elektrik,terus aku melarikan pandangan ke arah lain.Anak matanya berwarna coklat dan pandangan redupnya menyebabkan aku hampir cair.Terus sahaja dia ke arah kerusi kosong disebelahku."Assalamualaikum."dia menegur."Waalaikumussalam."aku jawab dengan suara yang datar."Dah lama rasanyan saya tak naik komuter kan??"dia memulakan perbualan."Entah.Saya tak perasan lah pula."aku cuba berbohong."Eleh Isya,bukan kau ke yang selalu tunggu dia hari-hari??"aku bermonolog sendirian."Yeke tak perasan??Ke saja-saja buat tak perasan."dia cuba menduga."Mana ada.Memang tak perasanlah."aku mulai geram."Eh..Rilek lah awak.Awak ni cepat sangan nak marah ya.Jangan marah-marah,nanti lagi lawa tau.."dia tergelak sendirian."Sendiri buat lawak,sendiri gelak ke??"aku cuba membidas.Makin galak pula dia ketawa."Aduh awak ni.pandai buat lawak ya??Oh ya,nama saya Hijaz.Mohd Hijaz bin Azhar.Awak??"tersengih-sengih dia memperkenalkan diri."Saya Batrisya..Panggil Isya jerr."giliran akupula memperkenalkan diri."Sedap nama awak.Maksud??"dia mengerutkan dahi."Maksud??Awak cari sendiri ya.Saya nak balik.Assalamualaikum."Batrisya terus mengatur langkah keluar komuter manuju ke pintu keluar Stesyen Komuter Nilai.Sambil mencari-cari kunci kereta Saganya,Batrisya disergah oleh satu suara lelaki."BATRISYA!!!!"terkejut Batrisya dibuatnya."EH!!!Apa sergah-sergah ni??"Batrisya marah."Alah maaflah awak.Saya tak sengaja."...."Nak apalagi ni??"Batrisya bertanya marah.."Boleh tak saya minta nombor telefon awak??"..."Nombor telefon???"Batrisya hairan...*bersambung

Aku & Komuter

Pertama kali melangkah ke dalam komuter,masih lagi terbayang betapa kekoknya aku apabila berada di dalam komuter.Aku masih ingat begitu daifnya pengetahuan aku mengenai komuter ini.Sekadar melihat di dada akhbar dan kaca televisyen,aku tidak begitu arif mengenai komuter.Tuntutan kerjaku di bandar menyebabkan aku terpaksa menggagahkan kaki melangkah ke dalam komuter.Aku juga masih dapat mendengar deraian ketawa sekumpulan anak-anak gadis yang mentertawakan aku kerana bertanyakan cara untuk membeli tiket.Namun aku akur,kerana aku tidak berilmu mengenai komuter aku rela ditertawa.Kisah aku dengan komuter ada manis dan ada pahitnya.Pahitnya,beg aku tersepit dek pintu komuter.Manisnya pula??Aku bertemu dengan si dia.Pertama kali bersua,aku tidak menyangka dia bakal menjadi teman hidupku."Amboi cik adik,besarnya beg!Nak pergi daki bukit ke??"usik si dia."EH!!!Sukahati sayalah nak daki bukit ke nak daki gunung ke.Apa awak susah??"jawab aku.Itulah dialog pertama pertemuan kami.Bukannya manis,malah bercakaran pula.Keramahan dan ketampanannya membuatkan aku selalu ternanti di muka komuter.Walaupun masih menafikannya,namun aku sering berharap agar aku dapat bertemu dengannya setiap hari......*sambungan

Ramadhan Datang Lagi....

Alahamdulillah...Syukur Alhamdulillah kerana masih bernyawa utk menikmati bulan ramadhan kali ini.Haaaa!!!dh berpose nie..Jgn igt nk raya jerr..Apa yg plng penting di bln ramadhn nie,adlh 'sale' yg Allah s.w.t berikn kpd kita utk menambhkn iman kpdNYA..Terawih jgn dilupakan..Paling mustahak skali ialah,malam LailatulQadar..Malam yg plg bermakna dn bsr keuntungannya..Jadi,sbg umat Islam,same2lh kite berpuasa dgn sebaik baiknya...wallahualam

Tuesday, August 10, 2010

Konvokesyen di UKM,Bangi....

Salam semua..
br jer balik dr konvo dkt UKM..Firstly nk ucp TAHNIAH kpd Pakteh sbb hbes graduate di UKM dlm bdg Pengajian Islam..Seronok sgt hr tue sbb dpt kumpul ramai2 untuk tengok satu lagi kejayaan yang membanggakan.Nenek tersnyum bila mlht soang lg ank lelaki dia dpt menamatkn pljrn dgn baik.Lps nie turn sape plax??hehe..Dapat jumpa dgn Yang Dipertuan Besar N9,mmg sronok kan..Lps ambil gmbr keluarga,pergi mkn dkt satu bistro plax..Siakap kukus mmg feveret kami semua..4ekor xckp rasenyerr..haha..Thanx Pakteh sbb blanjer kami...