Friday, December 17, 2010

Aku & Komuter 18

Batrisya sedang berkemas dengan memasukkan segala pakaian Hijaz ke dalam beg beroda berjenama Polo yang bewarna hitam itu.Lincah tangan Batrisya menyusun segalan pakaian ke dalam beg.Ruang yang kosong tadi semakin lama semakin penuh dengan isinya.Dari tadi Hijaz memerhatikan Batrisya.Namun Batrisya asyik dengan pekerjaan yang dia sedang lakukan.Sejak peristiwa dua hari yang lepas,Batrisya kelihatan semakin jarang bercakap dengannya.Mungkin dia masih marah dengan kedatangan Qirana tempoh hari.
  "Isya..."Hijaz memanggil.Batrisya hanya memandang sekilas dan mengangkat kening."Kenapa tak mahu cakap dengan abang?Isya marah ke?"
  "Nak marah buat apa?Suka hati awaklah nak buat apa Hijaz."
  "Tapi abang tengok,Isya macam tak nak cakap dengan abang je.."
  "Saya penat sikit.."
  "Sebab abang kan?Isya penat sebab jaga abang kan?Abang minta maaf kalau abang ni menyusahkan Isya.."
  "Takde sebab awak nak minta maaf.Dah tugas saya jaga awak..Awak jangan nak merepek-repek cakap yang bukan-bukan.Dah jom!"Batrisya menurunkan beg pakaian dan menariknya keluar dari wad.Belum sempat Batrisya menarik beg beroda itu,Hijaz menghalangnya.Dia memegang tangan Batrisya.
  "Kaki saya masih tak kuat lagi.Jadi saya nk bergantung pada awak."Hijaz memberitahu.Lama Batrsiya memandang tangannya yang dipegang erat oleh Hijaz.Hatinya tidak tenteram,Dia tidak marah pada Hijaz.Cuma,bagaikan ada satu perasaan lain yang menyulubungi ketika mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan.Banyak mata yang melihat.Ada yang tersenyum melihat mereka.
  Sampai sahaja di luar lobi utama hospital,Halim dan Anita sudah siap sedia menunggu kehadiran Hijaz dan Batisya.Halim berpandangan dengan Anita sambil tersengih ke arah Hijaz dan Batrisya.Halim membantu Hijaz masuk ke dalam kereta.Manakala Anita pula membantu Batrisya menyusun beg di but kereta.
  "Amboi...Pegang-pegang tangan lagi.Romantik nye.."Anita mengusik Batrisya.
  "Romantik apa?Kaki dia tak kuat lagi tu yang die pegang aku.Tak kan aku nak biarkan pula?"
  "Sayang jugak ko dekat dia kan??"
  "Nita,ko tak habis-habis kan?Kalo aku dah cubit karang jangan tanya jiran aku kenapa.."
  "Kenapa nak tanya jiran ko pulak??"soal Anita.
  "Adui.Aku buat lawak pun ko masih blurrr lagi.Dahlah,jom masuk.."Batrisya menarik lengan Anita masuk ke dalam kereta.Halim dan Hijaz duduk di hadapan,manakala ANita dan Batrisya di belakang.
  "Ada apa-apa yang tinggal lagi??"Halim bertanya.
  "Ada apa-apa yang tinggal tak sayang??"Hijaz bertanya kepada Batrisya..
  "SAYANG???!!!!"Batrisya terkejut.Matanya bulat memandang ke arah Hijaz.Cuma Hijaz yang buat-buat tidak tahu.Halim yang berada di tempat pemandu sudah tersengih-sengih.Anita pula menyinggul-nyinggul bahu Batrsiya sambil berdehem beberapa kali.
  "Rasanya tak ada apa-apa lagi Halim.Kita boleh pergi sekarang."Batrsiay menjawab tergagap-gagap.Bagai mahu pecah gelak Hijaz apabila melihat reaksi wajah Batrsiya apabila memanggilnya sayang.
  Kereta Honda CRV milik Halim beransur keluar dari perkarangan hospital.Keretanya laju membelah lebuhraya untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.Begitu rancak Halim dan Hijaz bersembang mengenai kerja mereka sebagai doktor.Anita pula sedang membaca majalah URTV.Batrisya termenung memandang ke luar tingkap kereta.Sebenarnya dia rungsing.Batrisya tidak tahu sama ada dia perlu mengikuti Hijaz ke rumahnya ataupun mereka pulang berasinga.Tetapi,keadaan Hijaz yang belum pulih sepenuhnya membuatkan dia terasa tanggungjawabnya sebagai seorang isteri untuk membantu Hijaz.Jika dia tinggal di rumah Hijaz,sudah pasti dia perlu serumah dan sebilik bersama Hijaz.Itu yang paling menggerunkan Batrisya.Ke;uhan yang lahir dari mulut Batrisya itu dapat didengari oleh Hijaz.*sambung

No comments:

Post a Comment