Friday, December 17, 2010

Aku & Komuter 18

Batrisya sedang berkemas dengan memasukkan segala pakaian Hijaz ke dalam beg beroda berjenama Polo yang bewarna hitam itu.Lincah tangan Batrisya menyusun segalan pakaian ke dalam beg.Ruang yang kosong tadi semakin lama semakin penuh dengan isinya.Dari tadi Hijaz memerhatikan Batrisya.Namun Batrisya asyik dengan pekerjaan yang dia sedang lakukan.Sejak peristiwa dua hari yang lepas,Batrisya kelihatan semakin jarang bercakap dengannya.Mungkin dia masih marah dengan kedatangan Qirana tempoh hari.
  "Isya..."Hijaz memanggil.Batrisya hanya memandang sekilas dan mengangkat kening."Kenapa tak mahu cakap dengan abang?Isya marah ke?"
  "Nak marah buat apa?Suka hati awaklah nak buat apa Hijaz."
  "Tapi abang tengok,Isya macam tak nak cakap dengan abang je.."
  "Saya penat sikit.."
  "Sebab abang kan?Isya penat sebab jaga abang kan?Abang minta maaf kalau abang ni menyusahkan Isya.."
  "Takde sebab awak nak minta maaf.Dah tugas saya jaga awak..Awak jangan nak merepek-repek cakap yang bukan-bukan.Dah jom!"Batrisya menurunkan beg pakaian dan menariknya keluar dari wad.Belum sempat Batrisya menarik beg beroda itu,Hijaz menghalangnya.Dia memegang tangan Batrisya.
  "Kaki saya masih tak kuat lagi.Jadi saya nk bergantung pada awak."Hijaz memberitahu.Lama Batrsiya memandang tangannya yang dipegang erat oleh Hijaz.Hatinya tidak tenteram,Dia tidak marah pada Hijaz.Cuma,bagaikan ada satu perasaan lain yang menyulubungi ketika mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan.Banyak mata yang melihat.Ada yang tersenyum melihat mereka.
  Sampai sahaja di luar lobi utama hospital,Halim dan Anita sudah siap sedia menunggu kehadiran Hijaz dan Batisya.Halim berpandangan dengan Anita sambil tersengih ke arah Hijaz dan Batrisya.Halim membantu Hijaz masuk ke dalam kereta.Manakala Anita pula membantu Batrisya menyusun beg di but kereta.
  "Amboi...Pegang-pegang tangan lagi.Romantik nye.."Anita mengusik Batrisya.
  "Romantik apa?Kaki dia tak kuat lagi tu yang die pegang aku.Tak kan aku nak biarkan pula?"
  "Sayang jugak ko dekat dia kan??"
  "Nita,ko tak habis-habis kan?Kalo aku dah cubit karang jangan tanya jiran aku kenapa.."
  "Kenapa nak tanya jiran ko pulak??"soal Anita.
  "Adui.Aku buat lawak pun ko masih blurrr lagi.Dahlah,jom masuk.."Batrisya menarik lengan Anita masuk ke dalam kereta.Halim dan Hijaz duduk di hadapan,manakala ANita dan Batrisya di belakang.
  "Ada apa-apa yang tinggal lagi??"Halim bertanya.
  "Ada apa-apa yang tinggal tak sayang??"Hijaz bertanya kepada Batrisya..
  "SAYANG???!!!!"Batrisya terkejut.Matanya bulat memandang ke arah Hijaz.Cuma Hijaz yang buat-buat tidak tahu.Halim yang berada di tempat pemandu sudah tersengih-sengih.Anita pula menyinggul-nyinggul bahu Batrsiya sambil berdehem beberapa kali.
  "Rasanya tak ada apa-apa lagi Halim.Kita boleh pergi sekarang."Batrsiay menjawab tergagap-gagap.Bagai mahu pecah gelak Hijaz apabila melihat reaksi wajah Batrsiya apabila memanggilnya sayang.
  Kereta Honda CRV milik Halim beransur keluar dari perkarangan hospital.Keretanya laju membelah lebuhraya untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.Begitu rancak Halim dan Hijaz bersembang mengenai kerja mereka sebagai doktor.Anita pula sedang membaca majalah URTV.Batrisya termenung memandang ke luar tingkap kereta.Sebenarnya dia rungsing.Batrisya tidak tahu sama ada dia perlu mengikuti Hijaz ke rumahnya ataupun mereka pulang berasinga.Tetapi,keadaan Hijaz yang belum pulih sepenuhnya membuatkan dia terasa tanggungjawabnya sebagai seorang isteri untuk membantu Hijaz.Jika dia tinggal di rumah Hijaz,sudah pasti dia perlu serumah dan sebilik bersama Hijaz.Itu yang paling menggerunkan Batrisya.Ke;uhan yang lahir dari mulut Batrisya itu dapat didengari oleh Hijaz.*sambung

Tuesday, December 14, 2010

Aku & Komuter 18

Anita terkial-kial mengejar Batrisya yang laju jalan meninggalkan ruang wad yang menempatkan Hijjaz..
  "Isya...Isya..Wei Isya..tunggulah kejap...wei!!!" Anita separuh menjerit.Orang ramai yang lalu disitu meletakkan tanda isyarat diam ke arah Anita kerana suara yang separuh menjerit itu.Ada juga jururawat yang bertugas menjeling ke arah Anita.
  "Kau nak apa Nita??" Batrisya memberhentikan langkahnya apabila melihat Anita yang sudah berhenti mengejar sambil tercungap-cungap mencuri nafas.Penat dia mengejar Batrisya.
  "Ishkkk!Kau ni jalan ke apa haaa??Penat aku kejar..Aku panggil pun buat tak endah je.Sampai ada jururawat yang jeling-jeling dekat aku..Kau punya pasal la ni.."Anita tidak berpuas hati.
  "Siapa suruh kau kejar aku??Padanlah muka kau.."
  "Jom lah kita duduk Isya..Aku penat ni..Jom.."Anita mencapai tangan Batrisya ke arah kerusi yang berdekatan."Kenapa kau lari tadi??"soal Anita.
  "Lari??Bila pulak aku lari?Tak kan dalam hospital pun aku nak marathon.."Batrisya mahu bergurau.
  "Tak kelakar pun ok!!!"Anita mencebik."Kau jeles ye??"Anita menyoal kembali.
  "Jeles??Jeles ape pulak??"
  "Iyalahh..Masa Qirana dengan Hijaz dalam wad tu lah..Aku tengok ko macam marah je.."
  "Aku tak jeles la..Cuma aku menyampah je..Geli aku tengok perempuan tu.Tergedik sana,tergedik sini..Macam sotong je.."
  "Haha!Macam sotong?Ape lah kau ni Isya..Habis tu,yang kau pandang Hijaz lepas tu geleng-geleng tu apa pulak??"
  "Yang tu..Emm,aku just..Emmm..."Batrisya tergagap.
  "Haaaa..Gagap..Gagap!!"
  "Ishkkk!Aku cuma tak suka lah dia buat macam tu..Iyalah,kata dia suami aku kan..Aku tak suka lah dia buat macam tu.."
  "Finally!Mengaku pun Hijaz suami kau.."
  "Dah dia memang dia suami aku.Aku kahwin dengan dia bukan dengan pakwe kau.."
  "Hishhhh!!!Minta simpangla..Kau ni cakap lepas je laa.."
  "Well,this is me.."Batrsiya mengenyitkan matanya..

Di dalam kereta...
  "BODOH! BODOH! BODOH!"jerit Qirana.."Senang-senang je dia halau aku tadi!!!!Dia belum kenal aku lagi!!!Aku Qirana ok!!!Tak mungkin aku akan kalah dengan perempuan kampung macam tu je..AKu lagi hebat dari perempuan bodoh tu.Kalau aku tak boleh dapat Hijaz,perempuan bodoh tu pun tak kan boleh dapat Hijaz!!!!Kau ingat kau dah kahwin,aku akan diam macam tu je...Hmmm,tunggu jelah Hijaz!!!Aku akan punahkan apa yang kau ada nanti..Kau tunggu jelahh!!!!!!!!!"Qirana membeliakkan matanya.* sambung